Langkau ke kandungan utama

🔥🔥DISAKAT JIN KETIKA KE MASJID DAN MISTERI KERONGSANG🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Seorang lelaki tua telah alami situasi disakat makhluk halus atau jin ketika ingin menunaikan solat subuh ketika membonceng motosikal.

Pada mulanya dia bersiap awal sebelum azan untuk ke masjid menunaikan solat subuh. Dalam keadaan jalan kampung yang tidak sepanjang jalan ada lampu, hanya dengan cahaya balam motosikalnya sahaja menyuluh jalan ke masjid.

Setibanya di persimpangan hampir ke kawasan masjid, tiba-tiba beliau ternampak sekumpulan anjing ditengah jalan sedang memerhatikan satu bayangan hitam rendah seperti anjing juga tapi tidak jelas apakah ia.

Pada waktu itu tidak semena-mena bayangan makhluk tersebut seolah-olah ingin menerpanya dan anjing yang sedang memerhati bertempiaran lari. Dalam situasi panik, beliau terkejut sehingga motosikal yang ditunggangnya menjunam ke parit. Mujur air parit tidak dalam.

Setelah beliau terjatuh ke parit bayangan makhluk tersebut terus hilang dari pandangan. Namun rasa sakit jatuh menyebabkan beliau tidak lagi larat untuk bergerak seperti biasa. Kini beliau berjalan perlahan dan banyak masa diluangkan di rumah sahaja.

Anak beliau telah hubungi Ustaz Nas untuk pemeriksaan dan rawatan ayahnya kerana kerap merasa tidak sedap pada bahagian perut seperti tak selera makan, perut berangin dan pedih. Bimbang juga kalau-kalau ada kaitan dari gangguan makhluk yang menyakatnya itu.

MISTERI KERONGSANG
Selain itu, anaknya juga ingin merungkai berkenaan kerongsang yang tiba-tiba berada di tingkap rumah. Tanpa ada kelibat manusia yang meletakkannya. Kejadian tersebut sudah satu tahun berlalu bimbang juga kalau-kalau ada kaitan sihir atau gangguan lain. Kisah kerongsang itu menjadi misteri sehingga kini.

Apakah jawapan bagi misteri tersebut? Sila tonton rakaman video ini sehingga habis.

Tonton rakaman video ini:


🔴Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...