Apa yang menyebabkan sesetengah kanak-kanak itu bersifat hyperaktif, terlalu nakal, degil, keras kepala, selalu nak berkelahi, selalu mengamuk dan macam-macam hal lagi.
Sesuatu perkara kadang kala kita rasa janggal yang dialami seseorang kanak-kanak. Hantar pada doktor tidak dikesan apa-apa penyakit dan biasanya ianya akan dirujuk pada doktor psikiatri bagi mengkaji tingkah laku. Biasa kesimpulan yang mereka bagi ialah kanak-kanak tersebut mengalami penyakit authizem.
Dari sudut rawatan Islam dipercayai kanak-kanak tersebut mengalami gangguan dari makhluk halus. Kebanyakan kes yang saya rawat memang mengalami gangguan.
Tanda pertama kanak-kanak tersebut mengadu melihat makhluk halus yang ibu bapa tidak nampak. Contoh kanak-kanak tersebut melihat sekumpulan atau seekor monyet, makhluk berbulu dan lain-lain. Itu adalah petunjuk pertama. Beberapa hari kemudian kanak-kanak tersebut akan mengalami perubahan sikap dan tingkah laku.
Sekiranya kanak-kanak tersebut mula mengadu cepat-cepat buat rawatan dan rumah harus dipagar supaya gangguan tersebut tidak masuk rumah dan mendekati/ganggu kanak-kanak tersebut. Tindakan cepat dapat menyelamatkan diri kanak-kanak itu dari terus menjadi bahan mainan makhluk halus.
Kes ini sepertimana yang berlaku pada anak yang dibawa oleh ibu dan ahli keluarganya untuk buat pemeriksaan dan rawatan dimana anak ini mengalami gangguan yang dicerita sama seperti diatas.
Pada mulanya tidak mahu pandang mata saya kemudian selepas dirawat dia mula menunjukkan respon. Proses pemulihan makan masa sikit dengan amalan yang disarankan oleh saya.
Semoga anak ini pulih seperti sediakala dan menjadi anak yang baik dan soleh dikemudian hari nanti.
Ikhlas,
Ustaz Nas
👉untuk dapatkan rawatan dari Ustaz Naz sila hubungi ditalian 0127152321 (whatsapp).
#rawatanislam #rawatansyafaat #gangguanmakhlukhalus #ustaznas
Ulasan
Catat Ulasan