Langkau ke kandungan utama

🔥🔥RAWATAN TANPA SENTUH🔥🔥

🔥🔥RAWATAN TANPA SENTUH🔥🔥
Pada 16 Mac 2018, Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik (JAM) telah dijemput oleh satu keluarga yang berhajat untuk merawat seorang ahli keluarganya yang mengalami stroke separuh badan. Pesakit seorang wanita yang sebelum ini pernah bertanyakan berkenaan gangguan SAKA pada Ustaz Nas. Namun pada waktu itu pesakit belum ada waktu kelapangan untuk membuat rawatan.

Ustaz Nas juga diberitahu oleh keluarganya, bahagian tubuh yang mengalami stroke tidak boleh disentuh. Jika disentuh pesakit akan meraung kesakitan. Begitu juga bila waktu mandi. Pesakit terasa air yang dikenakan pada bahagian tubuh tersebut seolah-olah jarum yang menyucuk-nyucuk.

PROSES SCAN
Ustaz Nas jalankan proses scan dan Ustazah Eita menjadi medium mendapatkan bayangan dan petunjuk bagi masalah gangguan tersebut. Selepas mendapatkan lakaran gangguan yang mengganggu, Ustaz Nas memberikan penerangan pada waris pesakit.

Petunjuk yang diperolehi menunjukkan pesakit mengalami 2 gangguan iaitu gangguan dari SAKA dan SIHIR. Ini menunjukkan sesiapa yang tubuhnya ada saka atau makhluk halus, dia berpotensi untuk mendapat gangguan sihir sebab saka atau makhluk halus telah membuka laluan masuk kedalam tubuh tanpa empunya badan sedari.

PROSES PETUNJUK SIAPA SI PENYIHIR
Proses ini agak mencabar kerana penyihir didampingi oleh segala macam makhluk halus yang menjaganya. Tanpa sebarang ilmu dan amalan zikir, agak mustahil sesiapa sahaja dapat menembusinya. Namun dengan kuasa Allah S.W.T tiada siapa dapat menandinginya.

Ustaz Nas dan Team JAM berjaya mendapatkan maklumat siapakah si penyihir tersebut dan dari mana penyihir itu. Beberapa maklumat seperti NAMA dan ALAMATnya kami rahsiakan dan hanya waris sahaja yang tahu sebagai maklumat dan panduan.

Namun sangat ditegah untuk memusuhi dan berdendam dengannya. Kita doakan semoga penyihir itu bertaubat dan biarkan semua perbuatannya Allah S.W.T sahaja yang membalasnya.

PROSES RAWATAN
Kali ini Ustaz Nas menggunakan Teknik Rawatan Tanpa Sentuh (TRTS) untuk mengeluarkan segala gangguan tersebut dari tubuh pesakit. Memandangkan pesakit tidak dapat disentuh, dengan cara ini sahaja yang dapat merawatnya.

Selepas beberapa kali Ustaz Nas tarik gangguan tersebut dari tubuh sehingga pesakit muntah, pesakit mula rasa kesakitan selama ini mula berkurangan. Kemudian Ustazah Eita menarik sarang-sarang gangguan dari tubuh pesakit secara sentuhan. Apabila pesakit muntah itu menandakan bahawa segala gangguan dalam tubuh pesakit mula keluar. Alhamdulillah..dengan izin Allah S.W.T.

Kemudian ahli keluarga pesakit minta pesakit untuk cuba menggerakkan tangan, kaki dan cuba bangun. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T pesakit mampu bergerak dan ada perubahan selepas rawatan walau masih dalam keadaan lemah.

PROSES PEMBERSIHAN
Proses akhir ini bertujuan untuk membersihkan segala gangguan dan diharap gangguan tidak datang lagi mengganggu pesakit. Diharap pesakit boleh istiqomah dalam proses pemulihan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

PENUTUP
Semoga pesakit pulih seperti sediakala dan Ustaz Nas komited yang pesakit ini akan pulih dari stroke yang dialaminya memandangkan penyakitnya itu masih baru sahaja dialaminya. Berbeza dengan pesakit stroke yang sudah bertahun sakit yang agak sukar dipulihkan seperti sediakala.

Mudah-mudahan seluruh waris dan ahli keluarganya dilindungi Allah S.W.T dan dipermudahkan segala urusan. Amin...

Ikhlas,
Admin.

👉untuk dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321 (whatsapp).

#penyakit #stroke #anginahmar #saka #gangguanmakhlukhalus #rawatanislam #rawatansyafaat #ustaznas

Video Rakaman Rawatan:
https://youtu.be/8kf-r-YC-lc

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...