Pelbagai cara makhluk halus untuk mendamping pada tubuh manusia samada untuk mencari tuan atau nak merosakkan.
Mencari tuan biasanya makhluk itu mengekori seseorang dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya dari tempat kerja ke rumah. Ada juga makhluk itu dari bahu jalan dan tunggu masa yang sesuai untuk mengekori seseorang sampai ke rumahnya.
Makhluk yang ingin merosakkan biasanya bertuan dan diarahkan untuk buat kerja jahat secara senyap. Makhluk ini dikutip dari tempat kotor, hutan, pokok, tempat puaka, dan lain-lain. Kemudian dia dijadikan makhluk suruhan secara paksa.
Ada makhluk yang dikutip ini beragama Islam kemudian dikafirkan oleh tukang-tukang sihir untuk melakukan kerja-kerja jahat. Semakin kufur tukang sihir itu, semakin kuatlah ilmu hitamnya. Itulah seperti yang dijanjikan oleh iblis pada mereka.
Sebab itulah terlalu banyak masalah gangguan sihir yang terjadi dalam masyarakat Melayu. Kebiasanya risiko yang tinggi dan mudah terkena sihir ialah perniagaan makanan kemudian lain-lain perniagaan.
Seperti yang terjadi pada pesakit saya ini mengalami gangguan sihir dan makhluk halus melekap pada tubuh belakangnya. Apabila ditepuk pada bahagian itu pesakit terus menerus muntah lendir.
Makhluk itu berupa seakan-akan tikus dan lidahnya terjelir panjang. Saya tanya pada pesakit adakah kawasan dia sekarang ini ada banyak tikus? Dia jawab, Ya.
Jangan tak tahu, tikus juga merupakan alat perantara untuk makhluk halus menyusup masuk kedalam rumah. Sekiranya tikus mengorek dan membuat lubang di siling rumah atau dimana sahaja dalam rumah, cepat-cepat ditutup lubang itu. Dikhuatiri akan menjadi laluan makhluk halus kedalam rumah.
Alhamdulillah setelah membuat rawatan keadaan pesakit beransur pulih dan batuk-batuknya yang sekian lama tak hilang beransur-ansur pulih. Insyaallah sekiranya pesakit istiqomah seperti yang disarankan akan pulih sepenuhnya dengan izin Allah S.W.T.
Ikhlas,
Ustaz Nas
👉untuk dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas sila hubungi ditalian 0127152321 (whatsapp)
#gangguansihir #gangguanmakhlukhalus #rawatanislam #ustaznas #jejakalammistik
Ulasan
Catat Ulasan