Langkau ke kandungan utama

🔥🔥PERTARUNGAN 4 JAM LEBIH ANTARA 3 SAKA DAN USTAZ NAS🔥🔥

🔥🔥PERTARUNGAN 4 JAM LEBIH ANTARA 3 SAKA DAN USTAZ NAS🔥🔥
Sesekali kadang kala perawat diuji oleh makhluk halus terutama saka yang cuba bertahan menahan diri dari dikeluarkan dari tubuh pesakit. Malah kata-kata seperti 'kau tak akan dapat aku' menjadi senjata psikologi saka terhadap perawat.

Namun Ustaz Nas tidak pernah ambil peduli dengan setiap tipu daya saka yang sangat licik bermain dengan kata-kata. Perkataan 'aku akan bunuh kau' dan 'dia (pesakit) akan mati kalau kau keluarkan aku' cukup sinonim dimainkan oleh saka tersebut.

Tak dinafikan ada sesetengah perawat yang tidak mahir dalam merawat pesakit yang ada saka semacam ini, menarik diri dari terus merawat pesakit seperti ini. Apa yang perlu hanya keyakinan dan tawakal yang tinggi pada kekuasaan Allah S.W.T sahaja.

RAWATAN
https://youtu.be/71V8Ap_4cQ8

Video rawatan ini berlangsung pada 20 April 2018 dimana pesakit sebelum itu telah whatsapp pada Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan segera kerana pesakit semakin tidak boleh dapat bertahan lagi menanggung gangguan saka dalam tubuhnya yang berada selama 10 tahun dicampur pula dengan pelbagai sihir.

Semasa tiba dirumah Ustaz Nas yang dihantar oleh abang dan emaknya, saka dalam tubuh pesakit terus bertindak balas dengan menyakitkan tubuh pesakit. Saka tersebut tidak dapat berdiri kerana sudah dipasak oleh Ustaz Nas supaya mudah dikawal.

Saka tersebut cuba melawan dengan menghantar jurus namun semuanya sia-sia kerana mudah dipatahkan dengan kuasa Allah S.W.T. Beberapa kali Ustaz Nas berdialog dengan Saka tersebut bagi memujuk dan menyedarkannya namun Saka tersebut tetap berdegil kerana dia rasa kuat dengan adanya 2 saka lain yang konon boleh backup dia.

Bagi melemahkan Saka tersebut Ustaz Nas melemparkan beberapa jurus termasuk merejam saka tersebut dengan batu api neraka beberapa kali sehingga menggelupur saka-saka tersebut. Bunyinya macam tak masuk akal tapi bila tahap keyakinan kita pada Allah tinggi, Allah bantu dengan apa sahaja yang kita minta. Insyaallah.

Rawatan ini berlanjutan sehingga 4 jam lebih dengan dibantu oleh abang pesakit dengan kawannya memegang pesakit supaya mudah Ustaz Nas menarik segala sarang dalam tubuh pesakit. Pesakit mula muntah mengeluarkan lendir menandakan pesakit mula pulih dari gangguan.

Alhamdulillah kata abang pesakit, dia merasakan adiknya serasi dengan rawatan Ustaz Nas kerana sebelum ini rawatan ditempat lain tidak seperti ini yang banyak menarik diri untuk melanjutkan rawatan.

Kalau begitu alhamdulillah tapi itu semua bukan dari saya tapi semua dengan keizinan Allah S.W.T semata-mata. Semua gerakkan saya datang dari bantuan Allah. Kita hanya hambanya.

Selepas rawatan pesakit mula boleh bercakap dengan selesa dan mudah malah sentiasa diusik abangnya sehingga tak henti gelak ketawa kami. Abangnya kata adiknya sebelum ini tidak seperti selepas rawatan ini. Dia sentiasa kemurungan dan marah-marah menyebabkan perhubungan adik bradik kurang mesra.

Alhamdulillah semua selesai dan pesakit perlu istiqomah dengan proses pemulihan selama 40 hari seperti yang disarankan oleh Ustaz Nas. Semoga pesakit cepat sembuh dari gangguan. Amin..

Ikhlas,
Admin.

👉🏻Untuk dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321 (whatsapp)

#rawatanislam #saka #gangguanmakhlukhalus #jejakalammistik #ustaznas #rawatansyafaat #sihir #rawatanalternatif

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...