Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

🔥🔥TERAMBIL TALAM PUAKA🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kebanyakkan keluarga, anak dan cucu cicit tidak mengetahui bila salah seorang ahli keluarga mereka mengamalkan aktiviti perbomohan memberikan kesan bahaya pada keluarga. Kebanyakkan juga pengamal tidak memberitahu bahaya bila menyentuh barang-barang mereka. Sehinggalah terjadi kejadian ahli keluarga mereka menjadi mangsa dari barang amalan yang mereka simpan atau buang. Berlaku gangguan sehingga pesakit mengalami stroke atau lumpu h. Bukan gangguan ringan malah menjadi beban yang berat untuk dipulihkan dan kadangkala makan masa bertahun untuk pulih. Inilah yang terjadi kepada seorang nenek tua yang telah uzur alami stroke. Tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya terlantar dikatil. Pihak hospital pun sudah tidak ada daya lagi untuk memberikan rawatan. Keadaannya sangat menyedihkan namun setiap manusia ada bahagiannya masing-masing. Nasib kita nanti tiada siapa yang tahu. Semasa pemeriksaan, anak pesakit menceritakan bahawa ibunya itu alami stroke selepas ambil talam ...

🔥🔥BAHANA TERSALAH PILIH PERAWAT🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Menjadi kebimbangan Ustaz Nas bila ramai yang jadi mangsa sihir dari pengamal perubatan mistik yang sanggup sihir pesakit untuk mendapatkan faedah secara haram. Tindakan itu mengundang kesan yang buruk kepada pesakit dan keluarganya. Seorang pesakit menjadi mangsa sehingga dia dan anaknya alami gangguan sehingga dia keliru apa sebenarnya yang terjadi. Pesakit alami sakit terutama pada bahagian kaki dan kepala. Anaknya pula alami simptom hyperaktif bagaikan tidak terkawal dan kerap menangis ketakutan pada waktu malam. Ketika Ustazah Ita buat penelitian pesakit sebelum ini ada dapatkan rawatan pada seorang pengamal perubatan. Caranya melalui rawatan jarak jauh. Pada mulanya pesakit merasakan ada pengurangan namun itu hanya pada waktu yang singkat. Pesakit merasa mungkin gangguan datang semula walhal perawat tersebut telah hantar sihir supaya pesakit hubungi perawat tersebut balik untuk dapatkan rawatan tapi nasib pesakit tidak terus berhubung dengan perawat tersebut...

🔥🔥PAGAR RUMAH DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kebiasaannya masyarakat Melayu akan mengadakan doa selamat bila pindah rumah baru dan adakan bacaan yasin. Namun ada juga gangguan yang datang balik selepas semua itu telah dibuat. Jangan tak tahu, makhluk halus juga melalui perubahan dari zaman ke zaman dan mereka juga belajar dari kelemahan mereka yang lalu untuk menandingi manusia. Kita juga sepatutnya menambah ilmu (beramal) dan pengetahuan untuk membentengi diri dari gangguan makhluk halus tapi kita semakin lalai dari hari ke hari dengan urusan dunia. Oleh sebab itu umat zaman ini sangat mudah mendapat gangguan. Selain membuat doa selamat, yasin dan azan dalam rumah baru, pagar rumah adalah cara terbaik untuk membentengi rumah dan keluarga dari gangguan makhluk halus yang ada kala berasal dari tapak rumah. Pagar menggunakan air, garam dan lada hitam amat mustajab. Semasa pemeriksaan rumah oleh Ustaz Nas dan Ustazah Ita, memang ada keberadaan makhluk halus dalam rumah tersebut dan ada juga laluan makhluk halus...

🔥🔥PESAKIT MENJERIT BILA GANGGUAN PADA KAKI DITARIK SECARA BATIN🔥🔥| JEJAK ALAM MISTIK

Seorang pesakit wanita tua yang alami gangguan pada bahagian kakinya antara betis hingga ke jari kaki terutama ibu jari kakinya. Ibu jari kakinya kerap rasa sakit hingga tidak boleh disentuh langsung. Jika disentuh ibu jari kakinya pesakit akan meraung kesakitan sehingga terpaksa dipotong. Namun rasa sakit tetap ada. Itu yang membingungkan anak-anak dan keluarganya. Sehinggalah anak lelakiny a menghubungi Ustaz Nas untuk mendapatkan rawatan. Menurut cerita suaminya, keturunan isterinya itu ada saka. Sebelum ini tidak ada langsung gangguan saka tapi baru ini sahaja ada gangguan ini. Mungkin sebelum ini saka tersebut pergi ke adik bradik yang lain atau cucu cicit yang lain. Kali ini saka pergi kepada isterinya pula. Wallahu'alam. Proses scan yang dilakukan oleh Ustazah Ita mendapati ada 3 saka yang mengganggu pada bahagian kaki pesakit iaitu 2 ekor Pontianak yang satunya pula bongkok dan 1 ekor pula jin yang mukanya memang sebijik seperti dalam filem Lord Of The Rin...

🔥🔥"DEPAN KAABAH PUN AKU TAK AKAN KELUAR"🔥🔥| JEJAK ALAM MISTIK

Itulah ungkapan jin-jin kufur dan takbur dalam tubuh seorang pesakit wanita setelah beberapa kali ibu dan suaminya mencari perawat Islam (Ustaz) termasuk yang tersohor dari tanah air dan Mekah ketika umrah untuk pulihkan pesakit dari gangguan SAKA. Mendengar cerita itu dari suami pesakit, Ustaz Nas tersentak. Adakah mampu beliau pulihkan pesakit walhal semua perawat yang terbaik gagal pulihkan sepenuhnya pesakit dari Saka tersebut. Siapalah Ustaz Nas berbanding dengan perawat-perawat tersebut. Ustaz Nas tak boleh berpatah balik bila telah menjejakkan kaki ke rumah pesakit sebelum mencuba. Pelbagai perkara bermain difikiran Ustaz Nas samada mampu atau tidak. Berdasarkan cerita suaminya, ini bukan calang-calang Saka. Kali ini pasti menjanjikan sesuatu cabaran yang besar dan berbeza kepada Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik. Hanya berbekalkan harapan, doa dan keyakinan kepada Allah, Ustaz Nas meneruskan rawatan ini dan cuba berdepan Saka tersebut. Rawatan Hat...

🔥🔥SESUATU YANG DITANAM MENJADI GANGGUAN🔥🔥| JEJAK ALAM MISTIK

Sebuah rumah menjadi gangguan apabila satu ketika dulu ada yang ditanam dengan tujuan untuk pagar rumah dari gangguan dan kecurian. Maklumlah kawasan dulu rumah ini memang agak terpencil dari bandar berbanding zaman sekarang. Hanya cara begitu menjadi pilihan yang ada bagi orang dulu-dulu. Beberapa 'hotspot' kawasan rumah yang dikesan oleh Ustazah Ita menjadi tempat ditanam sesuatu yang sehingga menghadirkan gangguan pada rumah terse but dan penghuninya. Kehadiran makhluk halus memang dirasakan ada oleh Ustazah Ita disekeliling rumah tersebut. Waris rumah tersebut juga alami gangguan. Usaha mengesan hotspot gangguan sangat penting supaya semasa pemagaran nanti kawasan tersebut akan diberikan perhatian yang lebih dan mengekang gangguan daripada bersarang di rumah dan mengganggu waris. Setelah kawasan hotspot dikenal pastikan Ustaz Nas meneruskan rawatan dan pemulihan bagi waris dan rumah persebut. Semua bergantung pada pertolongan dan keizinan Allah semata-mat...

🔥🔥PINDAH RUMAH BARU RUPANYA ADA GANGGUAN🔥🔥

Kisah ini terjadi pada adik Ustaz Nas sendiri yang tinggal bersama suaminya di Terengganu. Sebelum ini adik Ustaz Nas ada gangguan saka dan telah dipulihkan tapi ada gangguan baru dari luar terutama di rumah yang baru beberapa hari pindah menjadi risiko tinggi kalau dibiarkan. Kawasan berat dikesan pada setiap penjuru luar rumah dan di dalam bilik utama. Terdapat beberapa keberadaan entiti seperti Pocong, Mawas, Pontianak dan bunian . Makhluk halus ini yang kerap mengganggu semakin hari semakin berat pada adik Ustaz Nas. Ustaz Nas bergegas dari Johor ke Terengganu bimbang makhluk halus ini mengawal sepenuhnya tubuh adiknya seperti yang terjadi pada masa gangguan saka dulu sehingga ingin lari keluar dari rumah yang boleh membahayakan dirinya. Sebelum itu suaminya telah hantar ke perawat berdekatan tapi adik Ustaz Nas kata masih ada lagi gangguan dalam tubuh tapi perawat tersebut kata sudah keluar. Itu tanda keupayaan setiap perawat berbeza-beza. Setibanya Ustaz Nas tib...

🔥🔥MATA-MATA MEMERHATI KETIKA PEMERIKSAAN🔥🔥

Ustaz Nas telah diberitahu oleh satu keluarga yang mengalami gangguan makhluk halus didalam rumahnya sejak beberapa tahun. Gangguan tersebut kerap dirasai oleh Isterinya seperti terlihat kelibat, rasa diperhatikan, sakit pada beberapa bahagian pada tubuh dan anak-anak juga rasai perkara yang sama. Ketika tiba di rumah tersebut Ustaz Nas mulakan pemerisaan sekitar rumah iaitu di dalam dan di luar rumah untuk mengenal pasti 'hotspot' gangguan tersebut. Cara ini bagi membantu ketika waktu proses pemagaran supaya kawasan tersebut diberikan perhatian yang lebih. Ustazah Ita telah mengenal pastikan 'hotspot' tersebut termasuk laluan masuk dan laluan makhluk halus dlm rumah tersebut. Belakang rumah juga ada sebuah pokok yang menjadi penempatan makhluk halus. Ustazah anggap itu kawasan 'keras'. Ketika rakaman diluar rumah terlihat beberapa pantulan cahaya bagaikan mata kucing sedang memerhati kami ketika pemeriksaan rumah tersebut. Kami yakin itu ad...

🔥JIN SIHIR DIBALUN SELEPAS TUNJUK LAGAK🔥| JEJAK ALAM MISTIK

Ustaz Nas menerima kehadiran seorang pesakit bangsa India yang dikatakan telah disihir oleh sahabatnya sendiri yang disebabkan oleh perkara yang tidak dapat diceritakan disini. Terlalu privacy. Pesakit telah lama menanggung derita ini dan telah merata mencari perawat. Semasa proses scan, tubuh pesakit bertindak balas dan jin sihir tersebut ingkar dengan arahan supaya keluar. Jin tersebut sangat sombong dan kerap ber kata 'kau siapa, ko tak kenal aku lagi, siapa lebih kuat' dan lain-lain lagi perkataan yang bertujuan untuk menakutkan dan melemahkan semangat Ustaz Nas selain jin tersebut ketawa berdekah-dekah. Selepas perbincangan gagal, Ustaz Nas tidak berlengah lagi dan terus melakukan proses rawatan sehingga pesakit muntah beberapa kali. Itu tanda pesakit boleh pulih dari sihir tersebut, insyaallah. Ustazah Ita juga turut bantu dalam rawatan ini bagi meringankan rawatan tersebut. Ustaz Nas juga melakukan proses yang tidak pernah dilakukan iaitu memutuskan g...

🔥🔥PONTIANAK DARI TEMPAT KERJA IKUT BALIK KE RUMAH🔥🔥

Seorang pesakit perempuan bersama suaminya datang berjumpa Ustaz Nas untuk mendapatkan rawatan selepas alami gangguan sehingga separuh tubuhnya sebelah kiri seolah-olah seperti stroke. Tangan dan kakinya sebelah kiri berat untuk bergerak tapi deria rasa masih ada. Seolah-olah lemah dan tak bermaya. Sebelum ini juga pesakit dapat mimpi berkaitan rambut sebanyak 2 kali tapi pesakit anggap itu hanya mainan tidur walhal mimpi ad alah 'hint' bagi sesuatu perkara yang terjadi pada diri kita. 2 minggu alami gangguan ini yang bimbang semakin teruk, suami iktiar cara Islam kerana yakin isterinya bukan alami sakit klinikal. Rawatan. Semasa Ustazah Ita scan, memang terdapat gangguan makhluk halus jenis Pontianak sedang menempel tubuh sebelah kirinya. Kemudian Ustaz Nas melakukan rawatan dengan menarik gangguan tersebut keluar dari tubuh. Setelah proses menarik keluar dijalankan, alhamdulillah pesakit mulai rasa ringan pada bahagian yang terkena gangguan tersebut....

🔥PENAMPAKKAN KELIBAT PONTIANAK🔥| JEJAK ALAM MISTIK

Ustaz Nas telah dijemput untuk membuat rawatan kepada seorang pesakit lelaki yang mengalami sakit yang telah bertahun-tahun lama dialaminya sehingga pihak hospital buntu merawatnya. Anaknya telah ikhtiar rawatan secara Islam dan saya dipilih untuk merawat ayahnya. Semasa pemeriksaan didapati pesakit mengalami gangguan makhluk halus yang duduk di bahagian perut dan kakinya. Pemeriksaan pada sekitar rumah juga mendapati ada beb erapa ekor makhluk halus antaranya Pontianak berlegar disekitar rumah pesakit. Rakaman video ini berjaya (dengan izin Allah) merakam beberapa susuk makhluk halus dan kelibat Pontianak dipersekitaran rumah pesakit. Keberadaan halus ini menjadikan pesakit bertambah terbeban dan sukar untuk pulih jika tidak dirawat. Setelah Ustaz Nas dan Team Jejak Alam Mistik membuat pemeriksaan, Ustaz Nas kemudian menjalakan proses rawatan kepada pesakit dan memagar rumah tersebut supaya tidak diganggu dengan makhluk halus lagi. Apakah kesudahan dalam rawatan...