Ustaz Nas menerima kehadiran seorang pesakit bangsa India yang dikatakan telah disihir oleh sahabatnya sendiri yang disebabkan oleh perkara yang tidak dapat diceritakan disini. Terlalu privacy. Pesakit telah lama menanggung derita ini dan telah merata mencari perawat.
Semasa proses scan, tubuh pesakit bertindak balas dan jin sihir tersebut ingkar dengan arahan supaya keluar. Jin tersebut sangat sombong dan kerap berkata 'kau siapa, ko tak kenal aku lagi, siapa lebih kuat' dan lain-lain lagi perkataan yang bertujuan untuk menakutkan dan melemahkan semangat Ustaz Nas selain jin tersebut ketawa berdekah-dekah.
Selepas perbincangan gagal, Ustaz Nas tidak berlengah lagi dan terus melakukan proses rawatan sehingga pesakit muntah beberapa kali. Itu tanda pesakit boleh pulih dari sihir tersebut, insyaallah.
Ustazah Ita juga turut bantu dalam rawatan ini bagi meringankan rawatan tersebut. Ustaz Nas juga melakukan proses yang tidak pernah dilakukan iaitu memutuskan gangguan secara syariat dan hakikat melalui pada helaian kain putih.
Apakah kesudahan dalam rawatan ini? Apakah proses rawatan memberi kesan kepada jin sihir tersebut?
Saksikan rakaman video ini dari JEJAK ALAM MISTIK oleh Ustaz Nas ketika rawatan tersebut.
*Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan
Ulasan
Catat Ulasan