Langkau ke kandungan utama

🔥🔥PINDAH RUMAH BARU RUPANYA ADA GANGGUAN🔥🔥

Kisah ini terjadi pada adik Ustaz Nas sendiri yang tinggal bersama suaminya di Terengganu. Sebelum ini adik Ustaz Nas ada gangguan saka dan telah dipulihkan tapi ada gangguan baru dari luar terutama di rumah yang baru beberapa hari pindah menjadi risiko tinggi kalau dibiarkan.

Kawasan berat dikesan pada setiap penjuru luar rumah dan di dalam bilik utama. Terdapat beberapa keberadaan entiti seperti Pocong, Mawas, Pontianak dan bunian. Makhluk halus ini yang kerap mengganggu semakin hari semakin berat pada adik Ustaz Nas.

Ustaz Nas bergegas dari Johor ke Terengganu bimbang makhluk halus ini mengawal sepenuhnya tubuh adiknya seperti yang terjadi pada masa gangguan saka dulu sehingga ingin lari keluar dari rumah yang boleh membahayakan dirinya. Sebelum itu suaminya telah hantar ke perawat berdekatan tapi adik Ustaz Nas kata masih ada lagi gangguan dalam tubuh tapi perawat tersebut kata sudah keluar. Itu tanda keupayaan setiap perawat berbeza-beza.

Setibanya Ustaz Nas tiba di rumah adiknya, Ustaz Nas terus buat pemeriksaan rumah dan memulakan proses rawatan. Setelah ruqyah mengesan gangguan dalam tubuh dibacakan, adik Ustaz Nas tidak merasakan apa-apa tindak balas tubuh. Kemudian Ustaz Nas baca doa pemanasan bagi makhluk halus yang menyorok dalam tubuh dan pada waktu itu adik Ustaz Nas mula ada tanda respon muntah. Muntah mengeluarkan sarang dan makhluk halus dalam bentuk lendir putih berbuih.

Beberapa kali juga Ustaz Nas menarik gangguan secara batin dan Ustazah Ita bantu dari belakang adik supaya gangguan tidak lepas lari dari belakang.

Apakah kesudahan dalam rawatan ini? Adakah Ustaz Nas berupaya membantu adiknya bebas dari gangguan ini?

Saksikan rakaman video ini dari JEJAK ALAM MISTIK oleh Ustaz Nas ketika rawatan tersebut.




*Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.

**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...