Langkau ke kandungan utama

🔥🔥PESAKIT MENJERIT BILA GANGGUAN PADA KAKI DITARIK SECARA BATIN🔥🔥| JEJAK ALAM MISTIK

Seorang pesakit wanita tua yang alami gangguan pada bahagian kakinya antara betis hingga ke jari kaki terutama ibu jari kakinya. Ibu jari kakinya kerap rasa sakit hingga tidak boleh disentuh langsung.

Jika disentuh ibu jari kakinya pesakit akan meraung kesakitan sehingga terpaksa dipotong. Namun rasa sakit tetap ada. Itu yang membingungkan anak-anak dan keluarganya. Sehinggalah anak lelakinya menghubungi Ustaz Nas untuk mendapatkan rawatan.

Menurut cerita suaminya, keturunan isterinya itu ada saka. Sebelum ini tidak ada langsung gangguan saka tapi baru ini sahaja ada gangguan ini. Mungkin sebelum ini saka tersebut pergi ke adik bradik yang lain atau cucu cicit yang lain. Kali ini saka pergi kepada isterinya pula. Wallahu'alam.

Proses scan yang dilakukan oleh Ustazah Ita mendapati ada 3 saka yang mengganggu pada bahagian kaki pesakit iaitu 2 ekor Pontianak yang satunya pula bongkok dan 1 ekor pula jin yang mukanya memang sebijik seperti dalam filem Lord Of The Ring, Gothmog.

Tidak dinafikan para jin memang mengilhamkan rupa mereka kepada penggiat filem terutama dalam filem-filem Hollywood kerana mereka gemar guna rupa-rupa hodoh seperti itu untuk dijadikan watak jahat dan ganas. Memang wujud wajah jin seperti itu.

Selepas beberapa kali Ustazah Ita dan Ustaz Nas tarik gangguan pesakit mulai rasa kurang sakitnya. Ketiga-tiga gangguan tersebut berjaya ditarik keluar dengan izin Allah. Alhamdulillah.

Semoga pesakit pulih dari gangguan dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala bersama keluarga. Aamiinn

Saksikan rakaman video ini dari JEJAK ALAM MISTIK oleh Ustaz Nas ketika rawatan tersebut.




*Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.

**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...