Langkau ke kandungan utama

🔥🔥BAHANA TERSALAH PILIH PERAWAT🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK


Menjadi kebimbangan Ustaz Nas bila ramai yang jadi mangsa sihir dari pengamal perubatan mistik yang sanggup sihir pesakit untuk mendapatkan faedah secara haram. Tindakan itu mengundang kesan yang buruk kepada pesakit dan keluarganya.

Seorang pesakit menjadi mangsa sehingga dia dan anaknya alami gangguan sehingga dia keliru apa sebenarnya yang terjadi. Pesakit alami sakit terutama pada bahagian kaki dan kepala. Anaknya pula alami simptom hyperaktif bagaikan tidak terkawal dan kerap menangis ketakutan pada waktu malam.

Ketika Ustazah Ita buat penelitian pesakit sebelum ini ada dapatkan rawatan pada seorang pengamal perubatan. Caranya melalui rawatan jarak jauh. Pada mulanya pesakit merasakan ada pengurangan namun itu hanya pada waktu yang singkat. Pesakit merasa mungkin gangguan datang semula walhal perawat tersebut telah hantar sihir supaya pesakit hubungi perawat tersebut balik untuk dapatkan rawatan tapi nasib pesakit tidak terus berhubung dengan perawat tersebut.

Jika pesakit terus buat rawatan lagi dengan perawat tersebut mungkin akan bertambah teruk dan mungkin akan dikenakan beberapa bayaran yang mahal tak masuk akal. Ada juga kes pesakit bagai dipukau untuk serahkan segala harta.

Itulah modusoperandi perawat yang tidak jujur yang banyak sejak kebelakangan ini. Tindak ini banyak yang diamalkan oleh penyihir dan bertopengkan Ustaz atau Ustazah dalam rawatan yang cuba ambil kesempatan.

Selain itu gangguan yang dihadapi oleh pesakit juga bercampur dengan saka yang antaranya mendiami dalam keris lama yang disimpan oleh ayahnya. Keris tersebut telah diturunkan sejak beberapa generasi. Bila keris tersebut dibiar tanda penjagaan sebenar ia menjadi tarikkan kepada makhluk halus untuk masuk ke dalam rumah dan berkeliaran.

Semua gangguan ini menjadikan anak pesakit alami hyperaktif dan kerap ternampak makhluk halus yang menakutkan. Kebiasaannya kanak-kanak hyperaktif perasaannya sentiasa dirangsang untuk bertindak dalam keadaan tidak terkawal dan sentiasa bergerak aktif. Malah anaknya masih belum boleh bercakap walau umur sudah capai 4 tahun.

Bila diteliti pada anak pesakit terdapat makhluk halus yang duduk ditengkuk dan di dalam mulutnya. Kemudian Ustazah Ita tarik semua gangguan tersebut walau anak pesakit meronta-ronta. Maklumlah budak-budak hyperaktif tak suka dipegang untuk diam seketika. Walau bagaimana pun semua gangguan berjaya dikeluarkan.

Semoga melalui kisah ini akan menjadi tauladan, pengetahuan dan panduan supaya tidak ada lagi yang tersalah pilih perawat untuk dapatkan rawatan. Selidik dulu sebelum dapatkan rawatan supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang mensyirikan Allah.

Wallahu'alam

Tonton rakaman video ini:


*Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.

**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...