Langkau ke kandungan utama

🔥🔥TERAMBIL TALAM PUAKA🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK


Kebanyakkan keluarga, anak dan cucu cicit tidak mengetahui bila salah seorang ahli keluarga mereka mengamalkan aktiviti perbomohan memberikan kesan bahaya pada keluarga. Kebanyakkan juga pengamal tidak memberitahu bahaya bila menyentuh barang-barang mereka.

Sehinggalah terjadi kejadian ahli keluarga mereka menjadi mangsa dari barang amalan yang mereka simpan atau buang. Berlaku gangguan sehingga pesakit mengalami stroke atau lumpuh. Bukan gangguan ringan malah menjadi beban yang berat untuk dipulihkan dan kadangkala makan masa bertahun untuk pulih.

Inilah yang terjadi kepada seorang nenek tua yang telah uzur alami stroke. Tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya terlantar dikatil. Pihak hospital pun sudah tidak ada daya lagi untuk memberikan rawatan. Keadaannya sangat menyedihkan namun setiap manusia ada bahagiannya masing-masing. Nasib kita nanti tiada siapa yang tahu.

Semasa pemeriksaan, anak pesakit menceritakan bahawa ibunya itu alami stroke selepas ambil talam kepunyaan arwah ayah tirinya yang amalkan aktiviti perbomohan dulu. Semasa hayatnya ayah tirinya adalah perawat tapi dengan cara bomoh. Jadi talam tersebut dijadikan alas untuk bakar kemiyan dan bahan-bahan perbomohan antaranya seperti limau nipis.

Setelah ayah tirinya sudah tidak amalkan aktiviti itu, talam tersebut diletak pada rimbunan pokok pisang yang mungkin untuk ditawarkan supaya tidak menjadi gangguan kepada ahli keluarganya kalau disimpan dalam rumah. Sehinggalah bila ayah tirinya meninggal dunia, ibunya pula ambil talam tersebut kerana dianggap untuk sebagai simpanan kerana talam tersebut diperbuat dari tembaga. Boleh dijadikan hiasan atau kegunaan lain.

Maka dari situlah bermulanya gangguan pada ibunya sehingga alami stroke. Makhluk halus dari talam itu sangat besar dan kuat sehingga tubuh ibunya tidak mampu menampung gangguan tersebut.

Semasa proses rawatan ibunya hanya dalam keadaan tercungap-cungap. Beberapa kali proses menarik keluar gangguan pada tubuh terlihat sikit linangan air mata di matanya. Mungkin pesakit dalam keadaan separa sedar dan merasai kehadiran kami untuk merawat. Mungkin ada rasa sakit tapi dia tak dapat berbuat apa-apa kerana makhluk halus telah merosakkan sistem tubuh badannya. Itulah matlamat jin kufur, syaitan dan iblis untuk merosakkan manusia dari menyembah Allah.

Selepas rawatan dapat dirasakan ada sikit ketenangan pada pesakit. Semoga pesakit dipermudahkan oleh Allah dan anak-anaknya pun redha dengan apa jua ketentuanNYA.

Wallahu'alam

Tonton rakaman video ini:


*Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.

**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...