Langkau ke kandungan utama

🔥🔥MATA-MATA MEMERHATI KETIKA PEMERIKSAAN🔥🔥

Ustaz Nas telah diberitahu oleh satu keluarga yang mengalami gangguan makhluk halus didalam rumahnya sejak beberapa tahun. Gangguan tersebut kerap dirasai oleh Isterinya seperti terlihat kelibat, rasa diperhatikan, sakit pada beberapa bahagian pada tubuh dan anak-anak juga rasai perkara yang sama.

Ketika tiba di rumah tersebut Ustaz Nas mulakan pemerisaan sekitar rumah iaitu di dalam dan di luar rumah untuk mengenal pasti 'hotspot' gangguan tersebut. Cara ini bagi membantu ketika waktu proses pemagaran supaya kawasan tersebut diberikan perhatian yang lebih.

Ustazah Ita telah mengenal pastikan 'hotspot' tersebut termasuk laluan masuk dan laluan makhluk halus dlm rumah tersebut. Belakang rumah juga ada sebuah pokok yang menjadi penempatan makhluk halus. Ustazah anggap itu kawasan 'keras'.

Ketika rakaman diluar rumah terlihat beberapa pantulan cahaya bagaikan mata kucing sedang memerhati kami ketika pemeriksaan rumah tersebut. Kami yakin itu adalah entiti yang mengganggu selama ni kerana Ustaz Nas dan Ustazah Ita merasai kehadiran makhluk halus dipersekitaran rumah tersebut.

Ketika rawatan Isteri tuan rumah dipercayai menjadi sasaran utama oleh gangguan tersebut dan dia banyak mengeluarkan muntah berbuih dan berlendir putih yang merupakan tapak dan sarang makhluk halus dlm tubuhnya.

Apakah kesudahan dalam rawatan ini? Adakah Ustaz Nas berupaya membantu pesakit bebas dari gangguan yang telah lama bertapak dalam rumah dan diri?

Saksikan rakaman video ini dari JEJAK ALAM MISTIK oleh Ustaz Nas ketika rawatan tersebut.




*Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.

**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...