Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

🔥🔥KEBOLEHAN RAWATAN TANPA PESAKIT DEPAN MATA🔥🔥

🔥🔥KEBOLEHAN RAWATAN TANPA PESAKIT DEPAN MATA🔥🔥 Bunyinya agak pelik bagi sesetengah orang tetapi kalau bahasa lainnya ialah Rawatan Jarak Jauh (RJJ). Ustaz Nas tidak penah mempraktikkan teknik ini namun ada insan yang terlalu berhajat untuk Ustaz Nas cuba teknik ini. Pada mulanya Ustaz Nas dapat whatsapp dari seorang insan yang berhajat untuk merawat adik akak angkatnya yang dikatakan sering mengalami gangguan makhluk halus. Sebelum ini Ustaz Nas pernah guna teknik ini pada ayahnya kerana ayahnya keras hati tak nak berubat walau didapati ada gangguan. Ustaz Nas guna teknik RJJ ini untuk menarik segala gangguan. Esoknya bila diperiksa ayahnya sudah tiada gangguan dan tidak lagi marah-marah tak tentu pasal. Alhamdulillah. Maka disebabkan kes itu insan ini amat berkeyakinan Ustaz Nas boleh merawat guna teknik ini. Ustaz Nas akur dan tidak boleh menolak hajatnya itu kerana fidyah rawatan telah pun di bayar ke akaunnya secara tiba-tiba. SCAN Langkah pertama Ustaz Nas lakukan scan p...

🔥🔥RAWATAN TANPA SENTUH🔥🔥

🔥🔥RAWATAN TANPA SENTUH🔥🔥 Pada 16 Mac 2018, Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik (JAM) telah dijemput oleh satu keluarga yang berhajat untuk merawat seorang ahli keluarganya yang mengalami stroke separuh badan. Pesakit seorang wanita yang sebelum ini pernah bertanyakan berkenaan gangguan SAKA pada Ustaz Nas. Namun pada waktu itu pesakit belum ada waktu kelapangan untuk membuat rawatan. Ustaz Nas juga diberitahu oleh keluarganya, bahagian tubuh yang mengalami stroke tidak boleh disentuh. Jika disentuh pesakit akan meraung kesakitan. Begitu juga bila waktu mandi. Pesakit terasa air yang dikenakan pada bahagian tubuh tersebut seolah-olah jarum yang menyucuk-nyucuk. PROSES SCAN Ustaz Nas jalankan proses scan dan Ustazah Eita menjadi medium mendapatkan bayangan dan petunjuk bagi masalah gangguan tersebut. Selepas mendapatkan lakaran gangguan yang mengganggu, Ustaz Nas memberikan penerangan pada waris pesakit. Petunjuk yang diperolehi menun...

🔥🔥MAKHLUK HALUS MELEKAP PADA TUBUH MANUSIA🔥🔥

Pelbagai cara makhluk halus untuk mendamping pada tubuh manusia samada untuk mencari tuan atau nak merosakkan. Mencari tuan biasanya makhluk itu mengekori seseorang dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya dari tempat kerja ke rumah. Ada juga makhluk itu dari bahu jalan dan tunggu masa yang sesuai untuk mengekori seseorang sampai ke rumahnya. Makhluk yang ingin merosakkan biasanya bertuan dan diarahkan untuk buat kerja jahat secara senyap. Makhluk ini dikutip dari tempat kotor, hutan, pokok, tempat puaka, dan lain-lain. Kemudian dia dijadikan makhluk suruhan secara paksa. Ada makhluk yang dikutip ini beragama Islam kemudian dikafirkan oleh tukang-tukang sihir untuk melakukan kerja-kerja jahat. Semakin kufur tukang sihir itu, semakin kuatlah ilmu hitamnya. Itulah seperti yang dijanjikan oleh iblis pada mereka. Sebab itulah terlalu banyak masalah gangguan sihir yang terjadi dalam masyarakat Melayu. Kebiasanya risiko yang tinggi dan mudah terkena sihir ialah perniagaan makanan kemud...

📝📝INGIN DITAKUTI ATAU DISEGANI📝📝

Saya tidak pernah terfikir untuk jadi seorang perawat apatah lagi melawan, menangkap atau berkomunikasi dengan jin. Pada ketika itu tak rasa pun jadi perawat sebagai perkara yang menarik pada diri saya. Pada mulanya saya hanya jadi seorang juruvideo bagi merakam program berkaitan dengan entiti makhluk halus untuk seorang perawat untuk menaikkan namanya dalam media sosial. Setelah beberapa lama saya di ajak untuk mempelajari ilmu rawatan islam yang dibawanya. Untuk tidak menghampakannya saya terima pelawaan itu. Saya dikenalkan dengan seseorang yang membuka jalan ilmu cara MENGENALI DIRI. Setelah diberikan pengenalan dan semakin mendalam penerangan ilmu itu ia membawa kepada ilmu MENGENAL TUHAN (ALLAH S.W.T) pula. Ianya semakin menarik hati saya untuk terus memahami dan mempelajarinya dengan lebih lanjut. Sehinggalah saya MULA MENGENALI DIRI kemudian baru kita MENGENAL TUHAN. Disebabkan itu saya meneruskan belajar dalam rawatan Islam tersebut kerana ianya benar-benar mendekatkan dir...

🔥🔥KERIS BERDIRI WALAU HANYA SEKADAR HIASAN🔥🔥

Barang hiasan yang bermata tajam atau tumpul seperti keris mudah dijadikan rumah oleh makhluk halus. Jadi barang-barang seperti ini perlu di balut atau di kapan terlebih dahulu supaya dijauhkan dari gangguan makhluk halus oleh ustaz-ustaz yang mahir. Saya percaya ramai yang suka simpan barang-barang lama termasuk keris, pedang, parang, tombak, tongkat, kacip, barangan tembaga, pakaian dan lain-lain berisiko didampingi oleh makhluk halus. Permis atau rumah yang ada gangguan makhluk halus akan memasuki pada barang-barang tersebut untuk bersembunyi, mencari tuan baru dan bersarang selain bersarang pada penjuru rumah. Ada juga kes yang makhluk halus bersarang pada barang kemas yang diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga menjadi gangguan pada si pemakai. Itu juga boleh jadi saka pada si penerima atau pemakainya. Sekiranya anda pemilik butik andaman yang banyak simpan keris sebagai hiasan pada pengantin silalah buat pemeriksaan kerana jika ada gangguan, kedai akan mengalami gan...

🔥🔥KEBERADAAN JIN DALAM PERUT MERUNSINGKAN PESAKIT🔥🔥

Seorang Pak Cik runsing apakah yang ada dalam perutnya sehingga menyebabkan dia rasa tak selesa. Pihak hospital pakar pun gagal menafsirkan apakah penyakit atau masalah yang dihadapinya itu. Saya di panggil untuk membuat pemeriksaan dan rawatan oleh anak pak cik tersebut. Setelah sekian lama dia menanggung masalah itu sehingga banyak perawat yang ditemuinya namun masalah masih ada dan tiada perubahan. Pak cik tersebut pernah dinasihatkan carilah perawat yang boleh dikeluarkan melalui muntah. Katanya insyaallah dengan muntah tersebut boleh mengurangkan masalahnya itu. Lama dia mencari sehinggalah dia menemui saya untuk mendapatkan rawatan. Dengan lafaz bismillah dan tawakal hanya pada Allah S.W.T, saya mulakan proses ruqyah. Selepas ruqyah tiada kesan apa-apa langsung. Saya mulakan tepuk pada bahagian belakang badannya beberapa kali. Dengan izin Allah dia mula batuk. Saya teruskan disertakan beberapa bacaan ayat ruqyah. Ketika saya tekan bahagian belakang badan dengan aura saya, pak...

🔥🔥DENGKI TAK DAPAT SEWA KEDAI, PENYEWA BARU JADI MANGSA🔥🔥

Saya dapat masej whatsapp dari seorang peniaga butik yang dikatakan ada sesuatu yang dirasai pada kedai yang baru disewanya. Lokasi strategi tetapi tiada pelanggan datang dan buat tempahan setelah 2-3 minggu beroperasi. Sebelum itu ada kelihatan kelibat lembaga hitam, suara menangis, badan rasa tak sihat dan lain-lain lagi. Semakin lama semakin tinggi perasaannya yang kedainya memang ada gangguan. Oleh sebab itu beliau minta bantuan dari saya melalui Jejak Alam Mistik (JAM)  untuk pulihkan kedainya. Ketika saya dan pembantu hadir ke kedainya kelihatan 2 sosok jin spesis beruk dengan lidah terjelir menutup depan kedai tersebut. Maka itulah penyebab mengapa kedainya tidak dapat dilihat dan perasaan pelanggan yang datang di gangguan ini ada kaitan dengan sihir. Ceritanya kedai tersebut sebelum ini menjadi rebutan ramai dan ada yang tak puas hati sebab tak dapat kedai tu sampai ada yang sanggup sihir kedai tersebut. Apabila masuk ke dalam kedai tersebut saya dapat rasakan ada banyak...

🔥🔥KANAK-KANAK BERKAWAN DENGAN MAKHLUK GHAIB🔥🔥

Apa yang menyebabkan sesetengah kanak-kanak itu bersifat hyperaktif, terlalu nakal, degil, keras kepala, selalu nak berkelahi, selalu mengamuk dan macam-macam hal lagi. Sesuatu perkara kadang kala kita rasa janggal yang dialami seseorang kanak-kanak. Hantar pada doktor tidak dikesan apa-apa penyakit dan biasanya ianya akan dirujuk pada doktor psikiatri bagi mengkaji tingkah laku. Biasa kesimpulan yang mereka bagi ialah kanak-kanak tersebut mengalami penyakit authizem. Dari sudut rawatan Islam dipercayai kanak-kanak tersebut mengalami gangguan dari makhluk halus. Kebanyakan kes yang saya rawat memang mengalami gangguan. Tanda pertama kanak-kanak tersebut mengadu melihat makhluk halus yang ibu bapa tidak nampak. Contoh kanak-kanak tersebut melihat sekumpulan atau seekor monyet, makhluk berbulu dan lain-lain. Itu adalah petunjuk pertama. Beberapa hari kemudian kanak-kanak tersebut akan mengalami perubahan sikap dan tingkah laku. Sekiranya kanak-kanak tersebut mula mengadu cepat-cepat ...

🔥🔥KES UMMU SIBYAN🔥🔥

Siapakah gerangan Ummu Sibyan ni? Adakah yang menyebabkan di sentiasa dikaitkan dengan gangguan? Gangguan pada siapa? Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak. Ummu Sibyan ini adalah jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil. Sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini. Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak. Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan. Seperti yang di ceritakan dalam kisah jin Ummu Sibyan dengan Nabi Sulaiman, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum wanita itu tidak mengandung . Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan, diantaranya adalah: 1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memanda...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...