Langkau ke kandungan utama

🔥🔥DENGKI TAK DAPAT SEWA KEDAI, PENYEWA BARU JADI MANGSA🔥🔥

Saya dapat masej whatsapp dari seorang peniaga butik yang dikatakan ada sesuatu yang dirasai pada kedai yang baru disewanya. Lokasi strategi tetapi tiada pelanggan datang dan buat tempahan setelah 2-3 minggu beroperasi.

Sebelum itu ada kelihatan kelibat lembaga hitam, suara menangis, badan rasa tak sihat dan lain-lain lagi. Semakin lama semakin tinggi perasaannya yang kedainya memang ada gangguan. Oleh sebab itu beliau minta bantuan dari saya melalui Jejak Alam Mistik (JAM)  untuk pulihkan kedainya.

Ketika saya dan pembantu hadir ke kedainya kelihatan 2 sosok jin spesis beruk dengan lidah terjelir menutup depan kedai tersebut. Maka itulah penyebab mengapa kedainya tidak dapat dilihat dan perasaan pelanggan yang datang di gangguan ini ada kaitan dengan sihir. Ceritanya kedai tersebut sebelum ini menjadi rebutan ramai dan ada yang tak puas hati sebab tak dapat kedai tu sampai ada yang sanggup sihir kedai tersebut.

Apabila masuk ke dalam kedai tersebut saya dapat rasakan ada banyak entiti berselerakan sehingga kepala saya merasakan denyutan yang agak kuat juga. Kepala saya umpama antena yang dapat mengesan kehadiran dan keberadaan makhluk halus.

Pembantu saya dapat melihat kehadiran makhluk halus antaranya ada sedang menjengah untuk melihat kehadiran kami di kedai tersebut. Disebabkan ia dapat dilihat makhluk tersebut menyorok. Tidak kurang juga ada makhluk yang berbau busuk yang sedang bertenggek atas salah satu atas almari didalam kedai tersebut.

Saya juga mengesan kehadiran makhluk halus ke dalam kedai tersebut banyak dari belakang yang rupa-rupanya ada jenis pokok tumpang yang menjalar didinding kedai sehingga menjadi tempat makhluk halus singgah dan bergayutan disitu dan kemudian makhluk itu masuk ke dalam bila pintu belakang kedai mula dibuka.

Selepas mengesan punca-puncanya saya mulakan pemeriksaan dan rawatan. Semasa bacaan ruqyah 2 orang rasa berat, pening dan loya. Ketika ditepuk dengan redaq pesakit mula respon dengan mengeluarkan muntah. Selepas beberapa ketika pesakit mula rasa lega dan normal.

PROSES PEMAGARAN.
Proses pemagaran dimulakan dari depan kedai dan kelihatan beberapa susuk makhluk ghaib lintang pukang lari keluar melalui pintu depan kedai setelah disembur dengan air paip yang telah di ruqyah.

Selepas selesai depan kedai, saya ke ruang tengah sehinggalah kebelakang. Ketika pagar dalam bilik air, salah seorang pesakit tadi terus rasa sakit lagi pada bahagian bahu. Ini menandakan makhluk halus tidak ada tempat lagi untuk lari. Saya terus pulihkan pesakit dari gangguan tersebut.

PROSES LAKARAN
Proses seterusnya adalah proses lakaran wajah atau susuk makhluk halus yang di hantar oleh penyihir. Proses ini bagi menawarkan sihir yang ada dalam dan diluar kedai tersebut. Lakaran yang dibuat merupakan lakaran makhluk halus yang berupa beruk.

Selepas semua proses dilalui,  alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T kedai kelihatan terang dan selesa untuk di duduki.

Semoga kedai dan pemilik tersebut pulih dari gangguan, sihir dan dilindungi Allah S.W.T sepanjang masa. Juga beroleh rezeki yang halal dan baik dari usaha mereka sendiri.

Ikhlas,
Ustaz Nas.

👉untuk mendapatkan rawatan dari Ustaz Nas sila hubungi ditalian 0127152321 (whatsapp).

#gangguanmakhlukhalus #rawatanislam #rawatansyafaat #gangguansihir #sihir #ustaznas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...