Langkau ke kandungan utama

Catatan

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥JIN BERGETAR DENGAR RUQYAH | JEJAK ALAM MISTIK🔥🔥

 *atau klik link ini untuk tonton rakaman: https://youtu.be/fBb3uV4hPQg Sihir yang berkaitan dengan rumahtangga kerap Ustaz Nas terima dalam rawatan. Ada yang masih baru dan lama. Kalau kes dah teruk sampai cerai berai dan duduk berasingan itu memang susah dan makan masa sikit itu pun dengan izin Allah. Kes ini juga berkaitan dengan sihir rumahtangga namun apabila Ustaz Nas scan keputusannya sama-samar untuk ketahui siapakah yang menyihir namun secara kasarnya dia di sihir oleh orang terdekatnya antara kawan-kawan dan sedara mara atau adik bradik. Sihir ini juga sudah lama. Wallahu'alam. Pesakit sebelum ini mengatakan simptom sihir ada banyak pada isterinya. Telah banyak tempat berubat tapi masih tetap tiada perubahan. Semasa bertemu dengan Ustaz Nas keputusannya berbeza.. Penyihir menyihir suami dan isteri pula hanya kena tempias sihir suami. Semasa pesakit diruqyah, tubuhnya menunjukan tidak balas dan yang paling ketara tangan kirinya bergetar seolah-olah menggigil. Maka tern...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik

🔥🔥SELEPAS ATUK MENINGGAL DUNIA CUCU JADI MANGSA🔥🔥

Selepas pesakit pulih beberapa bulan sejak saya rawat selama hampir 5 jam, saya dipanggil lagi untuk merawat pesakit tersebut oleh ahli keluarga tersebut. Pelbagai pertanyaan apakah yang menyebabkan pesakit kembali di ganggu. Sememangnya sekiranya pesakit kena gangguan lagi untuk kali ke 2 pasti gangguan kali ini lebih hebat dan dahsyat. Setibanya saya di rumah pesakit, saya disambut oleh keluarganya. Ketika kami berborak berkenaan gangguan tersebut, pesakit merangkak keluar dari biliknya untuk bersemuka dengan saya dalam keadaan yang sudah dirasuk oleh 3 makhluk antaranya Saka Harimau. Dalam perbualan antara saya dan saka-saka tersebut mereka menerangkan bahawa semua 10 jenis saka dari arwah atuknya yang meninggal dunia sebulan yang lepas telah berpindah kepada cucunya iaitu pesakit tersebut. Penjelasan itu merungkai semua persoalan dan seterusnya saya meneruskan rawatan dengan cara mengislamkan jin yang insaf dan pasak bagi jin yang degil. Disebabkan terlalu...

🔥🔥TANDA-TANDA DI SIHIR🔥🔥

Sihir merupakan satu tindakan dan usaha yang bersifat dengki, iri hati dan mencapai hajat dengan mohon bantuan dengan perantaraan dari golongan jin, syaitan dan iblis. TANDA DISIHIR 1) Suka pada seseorang secara tiba-tiba. 2) Kerap mimpi seseorang dan sebut-sebut nama orang itu sehingga hatinya benar-benar terpaut yang teramat sangat. 3) Bertelagah antara suami isteri kerana orang ketiga. 4) Berlaku perceraian walau hati masih sayang dan keliru. 5) Jiwa kosong dan tiada perasaan. 6) Abai tanggungjawab dalam rumahtangga. 7) Wajah tiada seri. 8) Lupa pada keluarga. 9) Terlalu tunduk pada permintaan seseorang. 10) Bawah mata hitam kelihatan seolah-olah seperti lebam. 11) Tidak solat terutama solat Jumaat. 12) Marah-marah dan maki hamun walau dia bukan orang seperti itu. 13) Tidak menjaga kebersihan diri. 14) Sentiasa menyalahkan orang lain. 15) Produktiviti pekerjaan jatuh mendadak. 16) Terlalu kerap dan sentiasa ingin bersama dengan seseorang. 17) Lupa pada ora...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...

🔥🔥ORANG MELAYU KALAU BERNIAGA MESTI KENA SIHIR🔥🔥

Kenapa? Itulah persoalan dalam masyarakat melayu sendiri termasuk saya. Kalau orang melayu berniaga mesti kena sihir. Kenapa terlalu iri hati, benci, sakit hati.. Dah tak ada ke semangat untuk memajukan bangsa sendiri? Walau apa pun itulah yang terpaksa kita hadapi dan harungi. Itulah yang terjadi pada pesakit ini. Dia berniaga makanan western supaya tidak menjadi pesaingan pada peniaga sekitar tapi ditetap disihir. Penyihir ni walau apa pun anda niaga walau online, kalau mereka tahu mesti disihirnya. Pada mulanya pesakit cuba sapu minyak wangi kasturi pada sendinya dari adik iparnya yang juga pesakit saya sebelum ini. Tiba-tiba pesakit terus macam hayal dan terus pengsan. Adik iparnya terus hubungi saya untuk dapatkan rawatan. Sampai sahaja ke rumah saya, pesakit tidak mahu turun dari kereta. Saya kata biarkan dulu. Saya perlahan-lahan tarik gangguan dari tubuhnya dari jauh. Beberapa ketika kemudian pesakit turun sendiri dari kereta dan terus masuk ke rumah saya ...