Langkau ke kandungan utama

Catatan

🔥🔥PERTARUNGAN 4 JAM LEBIH ANTARA 3 SAKA DAN USTAZ NAS🔥🔥

🔥🔥PERTARUNGAN 4 JAM LEBIH ANTARA 3 SAKA DAN USTAZ NAS🔥🔥 Sesekali kadang kala perawat diuji oleh makhluk halus terutama saka yang cuba bertahan menahan diri dari dikeluarkan dari tubuh pesakit. Malah kata-kata seperti 'kau tak akan dapat aku' menjadi senjata psikologi saka terhadap perawat. Namun Ustaz Nas tidak pernah ambil peduli dengan setiap tipu daya saka yang sangat licik bermain dengan kata-kata. Perkataan 'aku akan bunuh kau' dan 'dia (pesakit) akan mati kalau kau keluarkan aku' cukup sinonim dimainkan oleh saka tersebut. Tak dinafikan ada sesetengah perawat yang tidak mahir dalam merawat pesakit yang ada saka semacam ini, menarik diri dari terus merawat pesakit seperti ini. Apa yang perlu hanya keyakinan dan tawakal yang tinggi pada kekuasaan Allah S.W.T sahaja. RAWATAN https://youtu.be/71V8Ap_4cQ8 Video rawatan ini berlangsung pada 20 April 2018 dimana pesakit sebelum itu telah whatsapp pada Ustaz Na...

Gangguan SAKA Silat

🔥🔥SAKA BERPINDAH KEPADA ADIK SELEPAS KEMATIAN KAKAK🔥🔥 Bunyinya agak menakutkan bila gangguan SAKA menjadi punca kematian kakak pesakit ini dan kemudian saka tersebut memilih adiknya pula. Memang benar bila tubuh seseorang tidak kuat untuk menampung gangguan makhluk halus terutama kategori saka ianya sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Tandanya ialah bila seseorang itu sakit secara tiba-tiba dan terus terlantar tanpa sebab. Kebiasaannya pesakit tiada sejarah penyakit. Pesakit seolah-olah mengalami stroke secara tiba-tiba dan terus terlantar. Dalam beberapa minggu pesakit terus meninggal dunia. Inilah hakikat yang sebenarnya memang berlaku dalam masyarakat kita terutama orang melayu. Setelah di selidik rupa-rupanya keturunannya ada yang menjadi guru silat semasa dulu dan kemungkinan besar ada menggunakan pendamping dalam ilmu persilatannya itu. Dalam persilatan yang mengambil pendamping kebiasaanya akan diberikan makanan terutama pada asap kemenyan pada tubuh dan ke...

🔥🔥KEBOLEHAN RAWATAN TANPA PESAKIT DEPAN MATA🔥🔥

🔥🔥KEBOLEHAN RAWATAN TANPA PESAKIT DEPAN MATA🔥🔥 Bunyinya agak pelik bagi sesetengah orang tetapi kalau bahasa lainnya ialah Rawatan Jarak Jauh (RJJ). Ustaz Nas tidak penah mempraktikkan teknik ini namun ada insan yang terlalu berhajat untuk Ustaz Nas cuba teknik ini. Pada mulanya Ustaz Nas dapat whatsapp dari seorang insan yang berhajat untuk merawat adik akak angkatnya yang dikatakan sering mengalami gangguan makhluk halus. Sebelum ini Ustaz Nas pernah guna teknik ini pada ayahnya kerana ayahnya keras hati tak nak berubat walau didapati ada gangguan. Ustaz Nas guna teknik RJJ ini untuk menarik segala gangguan. Esoknya bila diperiksa ayahnya sudah tiada gangguan dan tidak lagi marah-marah tak tentu pasal. Alhamdulillah. Maka disebabkan kes itu insan ini amat berkeyakinan Ustaz Nas boleh merawat guna teknik ini. Ustaz Nas akur dan tidak boleh menolak hajatnya itu kerana fidyah rawatan telah pun di bayar ke akaunnya secara tiba-tiba. SCAN Langkah pertama Ustaz Nas lakukan scan p...

🔥🔥RAWATAN TANPA SENTUH🔥🔥

🔥🔥RAWATAN TANPA SENTUH🔥🔥 Pada 16 Mac 2018, Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik (JAM) telah dijemput oleh satu keluarga yang berhajat untuk merawat seorang ahli keluarganya yang mengalami stroke separuh badan. Pesakit seorang wanita yang sebelum ini pernah bertanyakan berkenaan gangguan SAKA pada Ustaz Nas. Namun pada waktu itu pesakit belum ada waktu kelapangan untuk membuat rawatan. Ustaz Nas juga diberitahu oleh keluarganya, bahagian tubuh yang mengalami stroke tidak boleh disentuh. Jika disentuh pesakit akan meraung kesakitan. Begitu juga bila waktu mandi. Pesakit terasa air yang dikenakan pada bahagian tubuh tersebut seolah-olah jarum yang menyucuk-nyucuk. PROSES SCAN Ustaz Nas jalankan proses scan dan Ustazah Eita menjadi medium mendapatkan bayangan dan petunjuk bagi masalah gangguan tersebut. Selepas mendapatkan lakaran gangguan yang mengganggu, Ustaz Nas memberikan penerangan pada waris pesakit. Petunjuk yang diperolehi menun...

🔥🔥MAKHLUK HALUS MELEKAP PADA TUBUH MANUSIA🔥🔥

Pelbagai cara makhluk halus untuk mendamping pada tubuh manusia samada untuk mencari tuan atau nak merosakkan. Mencari tuan biasanya makhluk itu mengekori seseorang dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya dari tempat kerja ke rumah. Ada juga makhluk itu dari bahu jalan dan tunggu masa yang sesuai untuk mengekori seseorang sampai ke rumahnya. Makhluk yang ingin merosakkan biasanya bertuan dan diarahkan untuk buat kerja jahat secara senyap. Makhluk ini dikutip dari tempat kotor, hutan, pokok, tempat puaka, dan lain-lain. Kemudian dia dijadikan makhluk suruhan secara paksa. Ada makhluk yang dikutip ini beragama Islam kemudian dikafirkan oleh tukang-tukang sihir untuk melakukan kerja-kerja jahat. Semakin kufur tukang sihir itu, semakin kuatlah ilmu hitamnya. Itulah seperti yang dijanjikan oleh iblis pada mereka. Sebab itulah terlalu banyak masalah gangguan sihir yang terjadi dalam masyarakat Melayu. Kebiasanya risiko yang tinggi dan mudah terkena sihir ialah perniagaan makanan kemud...

📝📝INGIN DITAKUTI ATAU DISEGANI📝📝

Saya tidak pernah terfikir untuk jadi seorang perawat apatah lagi melawan, menangkap atau berkomunikasi dengan jin. Pada ketika itu tak rasa pun jadi perawat sebagai perkara yang menarik pada diri saya. Pada mulanya saya hanya jadi seorang juruvideo bagi merakam program berkaitan dengan entiti makhluk halus untuk seorang perawat untuk menaikkan namanya dalam media sosial. Setelah beberapa lama saya di ajak untuk mempelajari ilmu rawatan islam yang dibawanya. Untuk tidak menghampakannya saya terima pelawaan itu. Saya dikenalkan dengan seseorang yang membuka jalan ilmu cara MENGENALI DIRI. Setelah diberikan pengenalan dan semakin mendalam penerangan ilmu itu ia membawa kepada ilmu MENGENAL TUHAN (ALLAH S.W.T) pula. Ianya semakin menarik hati saya untuk terus memahami dan mempelajarinya dengan lebih lanjut. Sehinggalah saya MULA MENGENALI DIRI kemudian baru kita MENGENAL TUHAN. Disebabkan itu saya meneruskan belajar dalam rawatan Islam tersebut kerana ianya benar-benar mendekatkan dir...

🔥🔥KERIS BERDIRI WALAU HANYA SEKADAR HIASAN🔥🔥

Barang hiasan yang bermata tajam atau tumpul seperti keris mudah dijadikan rumah oleh makhluk halus. Jadi barang-barang seperti ini perlu di balut atau di kapan terlebih dahulu supaya dijauhkan dari gangguan makhluk halus oleh ustaz-ustaz yang mahir. Saya percaya ramai yang suka simpan barang-barang lama termasuk keris, pedang, parang, tombak, tongkat, kacip, barangan tembaga, pakaian dan lain-lain berisiko didampingi oleh makhluk halus. Permis atau rumah yang ada gangguan makhluk halus akan memasuki pada barang-barang tersebut untuk bersembunyi, mencari tuan baru dan bersarang selain bersarang pada penjuru rumah. Ada juga kes yang makhluk halus bersarang pada barang kemas yang diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga menjadi gangguan pada si pemakai. Itu juga boleh jadi saka pada si penerima atau pemakainya. Sekiranya anda pemilik butik andaman yang banyak simpan keris sebagai hiasan pada pengantin silalah buat pemeriksaan kerana jika ada gangguan, kedai akan mengalami gan...