Seorang lelaki tua alami kegatalan yang tidak ada kaitan dengan penyakit kulit atau apa-apa penyakit. Rasa gatal tersebut sangat mengenyam dan kerap rasa ingin berkeruk. Penyakit tersebut menjadi semakin misteri kerana semakin hari dan masuk berbulan-bulan tidak juga rasa berkurangan walau telah pergi ke klinik. Setelah buntu dengan masalah tersebut anak-anaknya mula ikhtiar secara rawatan islam bagi merungkai dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Akhirnya mereka memutuskan untuk memanggil team Jejak Alam Mistik oleh Ustaz Nas bagi membuat rawatan kepada ayah mereka. Setelah di scan oleh Ustazah Ita didapati bahawa ayah mereka alami gangguan makhluk halus dari kawasan persekitaran rumah. Rumah mereka dekat dengan muara sungai dan di bimbangi menjadi kawasan membuang segala gangguan makhluk halus. Mereka juga mengiyakan apa yang dijelaskan oleh Ustaz Nas dan Ustazah Ita itu. Itulah risiko kawasan tempat tinggal mereka. Semasa proses pemeriksaan rumah juga di dapati ada...