Langkau ke kandungan utama

🔥🔥BERTAHUN-TAHUN PENUNGGU TANAH HURU HARAKAN KELUARGA🔥🔥 | JOHOR

Setiap penempatan asalnya adalah kawasan hutan, paya, tambak, bukit bukau, dan macam-macam lagi yang ada sesetengahnya telah dihuni awal oleh makhluk halus iaitu dari golongan jin.

Penerokaan kawasan-kawasan inilah yang berlaku pertembungan antara manusia dan golongan jin. Berlaku konflik antara dua golongan ini untuk mendapatkan atau  perebutan hak milik tanah sesuatu kawasan. Kadang kala konflik berlaku bertahun-tahun.

Manusia juga tidak boleh dipersalahkan kerana perkembangan populasi manusia sangat mendesak untuk menerokai kawasan baru untuk dijadikan penempatan.

Golongan jin pula perlu akur dengan situasi ini sesungguhnya dunia manusia dan dunia jin dipisahkan dengan dua alam iaitu nyata dan ghaib. Manusia tidak pernah buat penempatan baru di alam ghaib tetapi jin yang menerokai alam nyata untuk dijadikan penempatan mereka. Dengan itu mereka tidak boleh claim yang kawasan alam nyata adalah milik mereka.

Jadi secara tak langsung konflik yang tercetus sebenarnya datang dari golongan jin sendiri yang menerokai alam manusia. Allah telah pisahkan alam nyata dan alam ghaib. Masing-masing ada dunia sendiri. Itulah kesaksamaan dan keadilan Allah selain menunjukkan kekuasaan kepada setiap hamba-hambaNYA.

Kenapa pula manusia perlu minta izin untuk mendapatkan sesuatu kawasan kepada makhluk halus sedangkan mereka tiada hak hidup di alam nyata iaitu di alam manusia.

Rawatan kali ini ada kaitan dengan penunggu tanah disebuah kawasan penempatan di Johor. Keluarga ini telah menanggung gangguan ini selama 40 tahun sehingga menyebabkan berlaku kacau bilau atau menghuru-hara dalam keluarga ini. Antaranya kerap sakit, kerap selisih faham, alami sakit misteri, sukar tidur malam dan pelbagai lagi.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:

Atau klik link ini:

🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

⚠️Anda terlepas video rakaman sebelum ini? Ada banyak video, kisah dan kaedah rawatan yang boleh didapati di website Jejak Alam Mistik disini:
www.jejakalammistik.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik