Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...
Ustaz Nas mendapat panggilan dari seorang wanita untuk mendapatkan rawatan untuk adik lelakinya yang alami gangguan bisikan makhluk halus sehingga dia menjadi seseorang yang alami tekanan. Pelbagai usaha mendapatkan khidmat perawat dari pelbagai kaedah dan ilmu namun masih menemui jalan buntu. Ada juga mereka dapatkan bantuan dari perawat yang terkenal namun masih tiada perubahan. Pesakit juga ada melukis gambaran apa yang dia nampak pada bahagian awan. Pelbagai gambaran dan petunjuk yang dia dapat tapi tidak faham apa yang dimaksudkan. Ketika proses rawatan pesakit dapat merasa satu getaran pada tubuhnya kemudian bila Ustaz Nas buat gerakkan, pesakit mulai rasakan ada satu pergerakan dari kiri tubuh kemudian sesuatu keluar dari kakinya. Itulah gangguan yang telah keluar dari tubuhnya. Selepas itu rumah dipagar supaya gangguan lain tidak masuk mengganggu pesakit. Pesakit mulai rasa perubahan yang baik selepas rawatan. Proses pembersihan dijalankan untuk menarik semua gangg...