Langkau ke kandungan utama

🔥🔥ISTERI TERKEJUT DIRI ADA SAKA🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Satu hari Ustaz Nas diminta seorang akak untuk scan gambar adik lelakinya yang dikatakan mulai berjauhan dengan keluarga dan berubah sikap. Untuk pengetahuan semua, scan bukan rawatan ye tapi hanya lihat apakah gangguan yang ganggu dalam diri seseorang.

Keputusan scan itu menunjukkan yang adiknya telah ditundukkan dengan saka isterinya. Bukan sihir yang dilakukan oleh manusia tapi tindakan saka tersebut. Saka tersebut ditugaskan menjaga isterinya dan didapati saka tersebut diberikan oleh ibunya sendiri tanpa pengetahuannya. 

Ibunya bimbang anak perempuannya itu dikecewakan dan diabaikan dalam perkahwinan memandangkan itu anak sulungnya. Perasaan yang terlalu bimbang itulah yang menjadi dorongan untuk diberikan saka yang ditugaskan supaya menjaga anaknya itu.

Namun saka tersebut menjadi duri dalam daging sehingga keluarga pihak lelaki nampak perubahan pada sikap anaknya itu. Bimbang kalau dibiarkan akan menjadi lebih parah dan akan memutuskan silaturahim.

Ketika keputusan scan ini diberitahu, isterinya terkejut dengan perkara tersebut. Dia tak nak saka tersebut untuk jaga dirinya. Tak ada saka tu pun dia bahagia juga kerana Allah. Selepas ditemubual memang benar keluarga pihak perempuan memang ada gangguan saka. Isterinya juga pernah mimpi yang berkaitan saka seperti mimpi menerima dan menyusukan bayi sebelum berkahwin lagi.

Sebelum Ustaz Nas sampai ke rumah pesakit juga hampir-hampir terbabas ketika memandu kereta. Ketika melalui persimpangan jalan, tiba-tiba ada seekor anjing hitam melintas dengan pandangan mata yang bersinar. Itulah gangguan saka tersebut untuk melengah-lengahkan kedatangan Ustaz Nas ke rumah pesakit.

Malah ketika selesai rawatan pada jam 11.30 malam, kereta Ustaz Nas rosak dimana kabel gear kereta putus. Nasib ahli keluarga pesakit membantu. Dengan izin Allah boleh juga Ustaz Nas balik pada malam tersebut walau sampai rumah hampir subuh. Terima kasih banyak pada ahli keluarga tersebut.

Saksikan rakaman proses pemeriksaan dan rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:

🔴Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔥🔥JELMAAN JIN SAKA PESAKIT MATI MENYERUPAI KELAWAR🔥🔥

Sebelum ini Ustaz Nas pernah membuat rawatan di Kota Tinggi berkaitan dengan gangguan Saka. Anak pesakit telah menghubungi Ustaz Nas untuk dapatkan rawatan untuk ibunya yang diyakini ada gangguan saka. Anaknya berkata kerap melihat kelibat makhluk di rumah emaknya. Malah anaknya juga pernah dan kerap melihat gangguan tersebut. Namun ibunya tidak pernah mengaku apa-apa samada pernah melihat makhluk halus atau terasa ada gang guan. Semasa tiba dirumah ibunya, Ustaz Nas terlihat satu bunjut ikatan berada di atas alang rumah. Ustaz Nas bertanya apakah tujuan bunjut tersebut, ibunya menyatakan itu bertujuan untuk MENGHALAU KELAWAR. Apa?? Walau jawapan itu agak tidak meyakinkan, Ustaz Nas hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Ustaz Nas meneruskan seperti biasa proses ruqyah dan pemagaran rumah. Namun ibunya tidak menunjukkan apa-apa tanda gangguan tapi anak dan cucunya pula yang merasa sakit pada tubuh-tubuh mereka. Ini sememangnya ada gangguan dalam rumah dan keluarga...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥BAHANA BERURUT DENGAN TUKANG URUT BERPENDAMPING🔥🔥 | NEGERI SEMBILAN

Terdapat sesetengah tukang urut (tidak semua) mengamalkan jampi serapah dan amalan menggunakan pendamping (jin) dalam proses urut untuk menambah stamina dan kekuatan kerana dalam berurut perlukan tenaga dan kekuatan yang cukup. Kebiasaannya mereka menggunakan saka dari keturunan mereka yang diperolehi samada dari mimpi atau belajar dari dalam kalangan ahli keluarga atau orang luar. Tukang urut jenis ini memberikan kesan yang buruk kepada yang melanggan perkhidmatan mereka terutama yang lemah semangat, selepas bersalin, yang mudah kerasukan, orang tua dan terutama kaum wanita. Kesannya ialah badan akan alami lebam-lebam tanpa sebab selepas berurut. Itu tanda-tanda saka pendamping tukang urut telah menghisap darah mangsanya. Selain itu kemungkinan saka tersebut telah memilih mangsa sebagai tuan/rumah baru. Seterusnya ialah tubuh tidak rasa selesa selepas berurut malah bertambah sakit yang semakin teruk dan pihak doktor pun tidak dapat pastikan punca sakit tersebut. Ini sangat...