Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

🔥🔥SAKA KELUARGA SUAMI ANCAM ISTERI🔥🔥 | JOHOR

Sepasang suami isteri alami kehidupan yang tidak tenteram dek kerana sikap ibu suami yang ingin anak lelakinya itu tunduk dengan segala arahan dan permintaannya. Permintaan tersebut ada kaitan dengan gangguan saka yang ada pada ibunya. Saka tersebut telah meracuni hati dan fikiran ibunya untuk tundukkan semua ahli keluarga supaya saka tersebut dapat kawal keluarga ini. Isteri pasangan ini menjadi sasaran saka keluarga tersebut kerana setiap sihir yang dibuat saka kepada suaminya, isteri menyerap segala sihir itu tanpa ia sedar. Ini bukan kelebihan tetapi itu tanda tubuh isteri lemah dan bahaya pada dirinya. Sebab itulah saka meracuni fikiran dan hati ibu suami untuk membenci dan buat segala tekanan pada hati dan jiwa suami isteri tersebut sehinggakan suami merasakan segala usaha untuk menjaga ibu bagai menatang minyak yang penuh dibalas dengan caci maki dan hinaan. Pelbagai penampakan dan gangguan sejak akhir-akhir ini kata mereka. Sebelum rawatan ini pun dijalankan, mereka ...

🔥🔥ISTERI ALAMI GANGGUAN SUAMI SAKIT HATI🔥🔥 | KUALA LUMPUR

Sepasang suami isteri alami gangguan terutama kepada isterinya yang alami gangguan saka. Pelbagai usaha untuk buang saka tersebut tetapi masih belum diizinkan Allah lagi. Isterinya tidak pasti adakah keturunannya ada saka atau tidak namun dia pernah bermimpi kehadiran susuk makhluk berupa manusia tetapi berpakaian sampin dan tanjak. Gangguan saka ini menyebabkan hubungan suami isteri sikit tegang, hubungan rakan-rakan menjadi renggang dan sentiasa alami gangguan kesihatan kewanitaan. Tidak ramai perawat yang berkeupayaan dalam buang gangguan saka ini berdasarkan pengalaman Ustaz Nas. Namun pasangan ini tetap berusaha mencari perawat untuk buang gangguan tersebut yang ganggu. Gangguan ini menjadi beban kepada pasangan ini supaya ia tidak menjadi masalah yang besar pada kemudian hari. Sehingga pada ketika rawatan ini mereka belum lagi dikurniakan anak walau dah berkahwin selama 3 tahun. Ramai pesakit seperti ini yang Ustaz Nas jumpa yang masih belum dikurniakan anak walau su...

🔥🔥KERAP ALAMI GANGGUAN MENAKUTKAN GADIS ALAMI TEKANAN JIWA🔥🔥 | KUALA LUMPUR

Tidak semua manusia mampu menanggung tekanan perasaan atau jiwa terutama bila kerap alami gangguan menakutkan setiap hari. Bila dibiarkan berlarutan ini boleh menyebabkan kesan yang mendalam pada diri seseorang. Bukan mudah hadapi gangguan dalam rumah setiap masa. Bila baring, makan, tidur dan macam-macam lagi akan di ganggu. Sepatutnya rumah menjadi tempat yang selamat untuk kita tinggal seperti orang lain. Apa yang berlaku pada kisah kali ini, gangguan menjadikan seorang gadis berbanding dengan adik beradik yang lain alami trauma sehingga dia alami tekanan jiwa yang teruk. Apa yang mampu dibuat adalah proses pemulihan untuk kembalikan semangat dia dan kekuatan rohnya. Sekarang ini roh dan jiwa pesakit sangat lemah dan mudah di exploitasi oleh makhluk halus. Selain itu adik beradik dan ibunya turut alami gangguan penampakan dan mimpi yang menakutkan. Ada juga yang alami masalah sihir di tempat kerja sehingga di pulaukan oleh rakan sekerja. Agak berat juga gangguan yang be...

🔥🔥TAPAK RUMAH BERKELIARAN DENGAN MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JOHOR

Ramai antara kita yang tidak sedar kebanyakan gangguan dan sakit misteri yang di alami datang dari dalam rumah dan persekitarannya. Ramai yang percaya pergi tempat perawat akan pulih walhal rumah bersarang dengan gangguan makhluk halus akan menyebabkan gangguan datang semula. Ada yang pulih ketika di tempat perawat tetapi bila pulang ke rumah akan alami gangguan semula. Sakit gangguan makhluk halus tidak boleh lari dari proses pemulihan rumah sekali. Ini bukan sakit klinikal tapi sakit yang perlu di uruskan sekali pada tempat tinggal dan persekitarannya. Pernah ada pesakit yang pergi ke tempat perawat tetapi ketika pulang ke rumah pesakit mengilai dan alami kerasukan sekali lagi. Ini kerana rumah tidak dipulihkan sekali dan tidak di pagar supaya makhluk halus tidak menyusup masuk ke dalam rumah. Inilah antara kelemahan manusia dalam memahami sifat dan tindak tanduk serangan makhluk halus terhadap manusia. Kita sepatutnya lebih bijak menangani tipu dayanya. Rawatan kali ini ...