Perjalanan Ustaz Nas dan team Jejak Alam Mistik ke rumah waris pusaka keturunan yang miliki saka harimau dan bunian di ganggu dengan melencongkan penunjuk arah dalam sistem Waze. Gangguan pada sistem waze ini difahamkan untuk melengah-lengahkan kedatangan Ustaz Nas ke rumah pesakit dan cuba melemahkan semangat team Jejak Alam Mistik. Walau apa jua rintangan alhamdulillah dengan izin Allah mampu di harungi dengan selamat dan tenang. Mujur gangguan tidak melibatkan kenderaan yang dinaiki yang sebelum ini tayar kereta pernah pecah ketika perjalanan ke rumah pesakit. Gangguan pesakit ini bukan biasa-biasa kerana melibatkan saka harimau dan penjaga harimau tersebut yang umum mengetahui saka jenis ini amat berat dan payah untuk dipulihkan. Selain gangguan saka harimau, rumah pusaka tersebut juga miliki laluan bunian. Waris pernah minta perawat yang sebelum ini untuk pulihkan rumah dari laluan bunian tapi tidak berjaya dilakukan menurut ceritanya. Keberadaan laluan bunian ini menja...