Kehadiran Team Jejak Alam Mistik di sambut baik oleh tuan rumah ketika kami tiba tepat pada waktu selepas maghrib seperti yang di janjikan. Rawatan selepas maghrib telah diminta oleh keluarga tersebut mungkin mereka semua baru pulang dari tempat kerja. Walaubagaimana sebenarnya rawatan pada waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk buat rawatan untuk buang gangguan makhluk halus. Waktu siang boleh buat rawatan tapi frekuensi yang di hasilkan dari makhluk halus sangat rendah. Bila frekuensi tinggi mudah untuk perawat mengesan kehadiran dan kewujudan makhluk halus pada sesuatu tempat. Semasa di rumah pesakit ini, Ustaz Nas mulakan proses penerangan sebelum memulakan rawatan namun Ustaz Nas sedar gangguan tersebut telah berada di dalam tubuh pesakit terutama pada bahagian muka. Terlihat tindak balas pada kulit muka mulai kemerahan, mata pun kemerahan dan pergerakan tubuh pesakit telah dibaca oleh Ustaz Nas. Pesakit ke 2 juga alami gangguan yang sama iaitu anak pesakit. Ma...