Langkau ke kandungan utama

🔥🔥DIBERIKAN SAKA B**I SENYAP-SENYAP🔥🔥 | JOHOR

Pelbagai cara orang untuk buang saka dari tubuh atau keturunannya samada susah atau senang tapi kebiasaannya ramai di kalangan mereka memilih cara yang senang.

Tidak semua orang berkeupayaan atau berdaya untuk membuang saka samada dari keturunannya atau asalnya dia ambil kemudian nak buang bila sudah tidak diperlukan.

Rawatan kali ini pesakit merupakan mangsa kepada orang yang ingin buang saka dari dirinya kepada orang lain. Lebih menyedihkan orang tersebut pesakit kenal dan rapat.

Orang tersebut buat cara mudah untuk buang saka dengan cara senyap-senyap pindahkan sakanya kepada pesakit ini tanpa pengetahuannya melalui makanan yang diberikan setiap hari.

Pada asalnya pesakit tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah dia jatuh sakit. Pihak hospital pun tidak tahu penyakitnya. Akhirnya dia bertemu dengan Ustaz Naz untuk mendapatkan rawatan itu pun diperkenalkan oleh sahabat suaminya.

Semasa rawatan Ustazah Ita tidak tahu gangguan apa yang mengganggu sehinggalah di akhir rawatan gangguan tersebut muncul dan ternyata saka b**i menjadi punca pesakit sakit.

Saka tersebut menjadi beban kepada pesakit kerana saka jenis ini sangat berat dan sangat kuat juga ganas. Pesakit pula seorang wanita memang tidak mampu untuk dia menanggungnya.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video di sini:
https://youtu.be/FCacCQgjp2A

🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

⚠️Anda terlepas tonton video rawatan lain sebelum ini? Ada banyak video dan kisah rawatan yang boleh didapati di website Jejak Alam Mistik disini:
www.jejakalammistik.blogspot.com

#jejakalammistik #rawatanislam #ustaznas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

🔥🔥WAFAK JADI PUNCA GANGGUAN MAKHLUK HALUS? 🔥🔥

Isu wafak ini mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini tapi apa yang akan saya tulis ini berdasarkan 100% pengalaman saya dalam bidang rawatan. Maaf jika ada yang tersinggung namun inilah hakikat yang ingin saya kongsikan.  Wafak atau Rajah merupakan sebahagian ilmu hikmah atau ilmu batin. Pengamal wafak ni mengambil dari potongan ayat-ayat Al-Qur'an. Kemudian mereka meletakkan ayat-ayat itu dalam wafak atau rajah yang biasanya berbentuk Piramid, Selipar Nabi Muhammad (katanya) dan ada kalanya berbentuk manusia, jin bertanduk, naga, pedang dan bermacam2 lagi. Pada hikmah dan pandangan saya kenapa perlu ayat-ayat suci Al-Qur'an diletakkan dalam bentuk wafak. Contoh.. Kenapa ayat suci Al-Qur'an perlu diletak dalam bentuk selipar nabi sedangkan kesucian ayat-ayat Al-Qur'an perlu dijunjung dan bukan tarafnya pada kaki. Jadi ini menunjukkan satu taktik tipu daya syaitan dan iblis pada umat Islam untuk menghina martabat dan kesucian Islam...