Langkau ke kandungan utama
⚠️⚠️SEJARAH AMALAN ILMU BATIN ZAMAN DAHULU KALA⚠️⚠️


Ada yang bertanya berkenaan ilmu batin zaman dahulu yang untuk menguatkan batin dipercayai boleh menjadi kebal, kuat dan tangkas; adakah masih boleh diamalkan atau tidak.

Jawapan saya adalah:
Kena faham, sebelum kedatangan agama Islam ke Nusantara alam Melayu ini masyarakat ketika itu mengamalkan amalan puja memuja atau jampi serapah dalam menuntut ilmu batin.

Masyarakat ketika itu memuja kepada sesuatu untuk mendapatkan apa yang dihajatkan atau menyampaikan sesuatu hajat supaya mendapat manfaat pada sesuatu perkara.

Sebagai contoh untuk mendapatkan kekebalan dalam persilatan atau ilmu mempertahankan diri yang melampaui fitrah manusia, mereka akan puja memuja melalui ayat, perbuatan dan pergerakkan pada sesuatu benda atau nama benda yang ditetapkan.

Silat tidak salah kerana ia adalah pelajaran mempertahankan diri dari serangan musuh tapi bila disertakan ilmu batin yang menjauhkan hati kita dari Allah itu yang merosakkan jiwa kita sebagai umat Islam.

Contoh sebelum kedatangan Islam):
Badan ku kebal besi
Api menjadi angin
Besi melilit tubuh ku
Oh! Besi kau datang aku nanti

Inilah ayat-ayat memuja bagi sesuatu perkara yang ingin dihajati sehingga kononnya mampu menjadi kebal. Siapakah Besi itu? Apakah Besi itu bernyawa? Adakah besi itu bertuan? Dari mana Besi itu? SIAPA BESI?

Setelah kedatangan agama Islam ke Nusantara alam Melayu ini, amalan ini masih diamalkan dan untuk menjadikan ilmu ini dihalalkan maka mereka cuma menokok tambah ayat2 arab atau petikan surah quran ke dalam amalan tersebut supaya untuk menghalalkan cara walhal haram sisi Allah kerana ternyata memesongkan akidah dan menyirikkan Allah.

Contoh (selepas kedatangan Islam):
Badan ku kebal besi
Api menjadi angin
Besi melilit tubuh ku
Oh! Besi kau datang aku nanti
"dengan kalimah Laillahaillallah"

Inilah bahayanya amalan lama seperti ini yang membawa kerosakkan akidah dan rohani kita. Ini jugalah yang dikatakan Gila Isim. Kebiasaannya ia akan disertakan gangguan makhluk halus kepada pengamal. Jika pengamal tidak mampu penuhi syarat-syaratnya ia akan menjadi beban seumur hidup dan mengganggu anak, isteri, keluarga dan keturunan.

Jadi kepada semua saya seru supaya berhati-hati dalam mencari ilmu. Kuatkan asas agama Islam dalam diri kita supaya kita tidak terjebak dengan tipu daya jin, syaitan dan iblis terhadap umat Islam dan manusia.

Ikhlas,
Ustaz Nas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik