Langkau ke kandungan utama

🔥🔥MISTERI PENUNGGU KERETA TERPAKAI🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kisah kali ini berkaitan dengan kereta terpakai. Pada awalnya Ustazah Ita sangka pesakit ada membeli kereta terpakai yang menjadi gangguan kepadanya ketika memandu tapi selepas proses penerangan didapati pesakit jurujual kereta terpakai.

Sejarah bagi setiap kereta terpakai memang tidak banyak kita ketahui bila kita membeli. Kita hanya perlu pastikan kereta tidak pernah alami kemalangan sudah cukup memadai. Namun bila ada perkara yang diluar jangkauan kita seperti keberadaan makhluk halus dalam kenderaan tersebut itu memang tidak boleh dielakkan. Perlu usaha untuk pulihkan dari gangguan. 

Pesakit merupakan seorang penjual kereta terpakai dan dia tidak membeli kereta terpakai namun alami gangguan bila memandu kereta sendiri. Pesakit akan rasa sesak nafas dan terasa ada sesuatu yang mencekek batang lehernya. Beberapa kali keretanya tersadai gara-gara gangguan tersebut.

Gangguan tersebut ikut pesakit balik selepas mencuba beberapa kereta terpakai untuk dijual. Gangguan tersebut terus menetap didalam kereta pesakit sepanjang masa sejak itu.

Ustazah Ita telah mengenal pasti bahawa makhluk halus tersebut dari salah satu kenderaan terpakai tempat dia bekerja. Dalam rumah pesakit juga alami gangguan tapi tiada kaitan dengan kes kenderaan terpakai ini. Namun proses pembersihan rumah juga dijalankan supaya pesakit dan keluarganya dijauhkan dari apa sahaja gangguan.

Semasa gambar kereta diambil memang terdapat makhluk halus tersebut dalam kenderaan pesakit namun tidak semua orang boleh melihat dengan mata kasar. Kalau diteliti betul-betul memang akan perasan keberadaannya. Makhluk halus tersebut adalah.......

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:



🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' CHANNEL 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik