Langkau ke kandungan utama

🔥🔥MERUNGKAI IKATAN SIHIR🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Tidak semua perkara mistik dapat dirungkai dan difahami. Semua bergantung kepada keizinan Allah jua semata-mata. Ada kes senang dirungkai dan ada sesetengah tiada petunjuk. Walau apa pun team JAM dan Ustaz Nas tetap menjalankan rawatan kepada pesakit yang sangat berharap dibantu.

Pesakit kali ini dari Singapura yang hadapi gangguan sihir yang agak sukar dirungkai apa jenis sihir dan tujuan sihir tersebut. Sudah bertahun pesakit hadapi sihir tersebut sehingga semangatnya hilang dan rasa dirinya kosong.

Terdapat juga saka tetapi saka tersebut tidak menjadi masalah utama kepada pesakit. Namun saka tersebut juga dipisahkan dari diri pesakit supaya tidak menjadi asbab gangguan lain ganggu pesakit.

Semasa proses rawatan Ustazah Ita ada terhidu bau kapur barus. Bau tersebut ada kaitan dengan gangguan ini. Tanda gangguan berada diluar tubuh pesakit. Ini memudahkan proses pembersihan nanti.

Semasa proses pembersihan, Ustazah ita juga terdengar bunyi suara anak ayam. Bunyi tersebut sayup dan terdengar pada pintu rumah pesakit. Memang telah dipastikan sekitar tersebut memang tiada seorang pun yang membela anak ayam.

Pesakit juga ada memakai cincin akek yang menjadi kesukaan makhluk halus jadikan rumah. Ustaz Nas juga bersihkan cincin tersebut dari gangguan supaya pesakit terhindar dari gangguan makhluk halus.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:



🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' CHANNEL 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik