Langkau ke kandungan utama

🔥🔥JIN SAKA GENGGAM TANGAN USTAZ NAS KETIKA RAWATAN🔥🔥 | SINGAPURA

Sepasangan suami isteri alami gangguan mistik sejak beberapa bulan yang lalu. Ketika pemeriksaan (scan) didapati isteri alami gangguan sihir dan suami alami gangguan saka keturunan yang tidak diketahuinya.

Semasa suami menghantar isteri ke hospital, pihak hospital bingung dengan penyakit isterinya yang  alami sakit pada bahagian perut. Pelbagai kaedah pemeriksaan perubatan klinikal namun menemui jalan buntu.

Setelah doktor mengesahkan tiada sakit pada isteri, suami hantar isteri buat rawatan secara Islam di beberapa tempat namun masih belum bertemu 'jodoh' dalam mengubati sakit isterinya itu.

Gangguan sihir yang dialami oleh isteri agak pelik kerana sihir tersebut berkafan dan diikat dengan simpulan yang pelik. Ikatan kain tersebut telah dipastikan terletak pada bahagian perut isteri kata Ustazah Ita.

Suaminya pula alami gangguan saka kerana mudah panas baran dan sering bertelagah sesama mereka. Semasa di hospital juga suami terakam 1 foto bersama isterinya kelihatan ada makhluk lain diantara mereka dalam foto itu. Lakaran yang dibuat Ustazah Ita juga disahkan sama dan itulah saka tersebut.

Pendedahan ini agak mengejutkan juga kerana dia diberitahu saka tersebut telah dibuang. Namun Ustaz Nas yakin apa yang terjadi pada isterinya itu ada kaitan juga dengan keberadaan saka tersebut dalam keluarga mereka

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:


🔴Selepas tonton jangan lupa 'SUBSCRIBE' 'LIKE' & 'SHARE' channel 'JEJAK ALAM MISTIK' ini dan tekan 🔔 untuk dapatkan notifikasi video-video terbaru akan datang.

🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut  www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik