Setiap pesakit Ustaz Nas kebanyakannya pernah pergi kepada lain-lain
perawat sebelum mereka dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas. Setiap
pesakit ada ceritanya masing-masing namun cerita pengalaman pesakit kali
ini agak berbeza dan mengejutkan.
Apa tidaknya, dia pernah dapatkan rawatan seorang perawat dari luar yang menetap disini. Kaedah rawatannya agak pelik dan kotor untuk buang gangguan saka dengan mandi AIR LONGKANG sebanyak 3 kali. Astagfirullahalazim.

Pesakit tidak salah tapi disebabkan dorongan untuk sembuh sangat tinggi
dan sehingga sanggup buat apa sahaja. Merata juga dia dapatkan rawatan
dengan pelbagai perawat sebelum ini namun gangguan masih ada. Tiada
apa-apa perubahan.
Ustaz Nas nasihatkan jangan dapatkan rawatan seperti ini yang kotor dan jijik kerana kotor adalah fitrah bagi jin (kufur), syaitan dan iblis. Fitrah manusia adalah bersih jadi carilah rawatan yang suci, bersih dan murni. Yang bersih itulah memberikan kesihatan yang baik pada tubuh badan manusia.
Semasa rawatan, gangguan saka tersebut tidak mahu berkata-kata. Puas Ustaz Nas berlembut namun bagai tidak diendahkan. Setelah beberapa ketika Ustaz Nas terus menunjukkan kebesaran Allah jika hamba-hambanya kufur dan ingkar. Tubuh pesakit mulai bergetar dan mengeluarkan air mata. Gangguan tersebut mulai akur dengan perintah keluar dari tubuh pesakit melalui muntah.
Setelah buat pemagaran, Ustazah Ita berikan isyarat yang dia terlihat susuk makhluk halus pada blok bangunan yang bertentangan. Susuk itu berkabus dan lampu pada koridor pula berkelip-kelip tanda memang ada gangguan dipersekitaran tersebut. Pesakit dan suaminya juga mengesahkan semalam lampu tidak berkelip seperti itu.
Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.
Tonton rakaman video ini:
🔴Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan
Catat Ulasan