Kes kali ini agak berat kerana melibatkan sihir pemisah yang
menggunakan jin sihir bersayap. Seorang suami telah menjemput Ustaz Nas
untuk merawat isterinya yang alami gangguan sihir sejak melahirkan anak
ke 3 pada 6 bulan lepas.
Setibanya ke rumah pesakit, saya dapati rumahnya sangat tidak terurus dek kerana gangguan pada isterinya yang tidak suka persekitaran yang bersih dan kemas. Malah dia akan meradang kalau dikemas.

Suami pesakit juga pernah hampir ditikam dengan pisau dan sejak itu
juga keadaannya bertambah membimbangkan. Situasi ini juga bahaya pada
anak-anaknya dan ada yang masih bayi. Dari situ suami berusaha untuk
pulihkan isterinya secara Islam.
Rawatan
Pesakit tidak mahu mengadap Ustaz Nas untuk dirawat dan dia enggan. Keadaan ini tidak boleh dipaksa namun perlu guna teknik menarik gangguan dalam tubuhnya secara jarak jauh dan secara batin. Jika pesakit dipaksa bimbang dia akan lebih agresif dan membahayakan. Mungkin juga akan berlaku kekecohan yang lebih teruk memandangkan rumahnya dikelilingi dengan jiran-jiran.
Sihir yang dikenakan bukan calang-calang namun usaha dan tawakal pada Allah itu yang terbaik. Ustaz Nas pagar rumah dulu supaya dapat menawarkan segala sihir yang bersarang dalam dan luar rumah. Dengan itu mudah untuk memulihkan rumah dan pesakit skali.
Sihir tersebut menyebabkan pesakit tidak kenal suami dan anak-anaknya. Namun selepas rawatan keajaiban berlaku iaitu hujan turun. Itu tanda kesembuhan yang bakal diberikan oleh Allah. Setelah Ustaz Nas balik, suami pesakit beritahu yang isterinya mulai tunjuk sikit perubahan antaranya mula berikan susu badan pada anaknya yang masih bayi. Alhamdulillah.. Semua dengan Izin Allah.
Semoga pesakit kembali pulih dan dapat menikmati kehidupan rumahtangga yang lebih baik selepas ini.. Aamiinn.
Tonton rakaman video ini:
*Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan
Catat Ulasan