Langkau ke kandungan utama

🔥🔥ANAK CUCU DIHANTUI NENEK KEBAYAN DAN SAKA HARIMAU🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Setiap rakyat Malaysia mesti pernah nyanyi lagu rakyat 'Nenek Si Bongkok Tiga' kan. Sebenarnya lagu rakyat itu menceritakan perihal makhluk halus yang dinamakan Nenek Kebayan. Lagu tersebut juga seperti memanggil kehadirannya. Sama juga lagu 'Ulik Mayang' yang ada kaitan dengan Bunian.

Cerita kali ini bukan untuk merungkai misteri lagu tersebut tetapi kekerapan Ustaz Nas merawat pesakit yang berkaitan dengan nenek kebayan sangat kerap. Bila gangguan berkaitan dengan nenek kebayan akan kerap juga berkaitan dengan Saka Harimau. 

Bila diselidik oleh Ustaz Nas dan Ustazah Ita memang benar dua entiti tersebut memang berkaitan. Nenek kebayan merupakan penjaga bagi saka harimau. Saka harimau merupakan belaan bagi nenek kebayan. Dengan kata lain saka harimau boleh jadi entiti suruhan bagi nenek kebayan bagi sesuatu perkara yang ingin dicapai.

Apa yang terjadi kepada keluarga ini, ibu mereka dikatakan kerap mengigau ketika tidur. Ibunya kerap mimpi berkaitan dengan dikejar harimau sehingga dia lelah waktu tidur. Tidurnya kerap terganggu dengan mimpi-mimpi tersebut. Ketika tidur juga ibunya kerap mendengus seperti harimau.

Anak cucunya juga alami penampakan nenek kebayan, kelibat makhluk halus, gangguan ketika membersihkan kawasan yang pernah nampak kelibat, disergah dengan nenek kebayan dan bermacam-macam lagi sehingga ada yang tidak sanggup bermalam dirumah ibunya. Ada juga yang alami demam atau sakit dek kerana gangguan tersebut.

Memang benar kawasan rumah tersebut sangat keras sehingga rakaman video pemeriksaan rumah dan sekitarnya telah dirosakkan oleh entiti tersebut. Inilah pertama kali gangguan pada file video rakaman team Jejak Alam Mistik diganggu. Ustaz Nas percaya perkara ini terjadi kerana entiti tersebut tidak mahu rahsianya terbongkar.

Ketika pemeriksaan pada anak-anak pesakit juga semuanya memang ada gangguan yang berat sehingga kerasukan.

Apakah kesudahannya? Saksikan rakaman video rawatan pada kisah ini.

Tonton rakaman video ini:


🔴Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.
🔴Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik