Langkau ke kandungan utama

🔥🔥PAGAR RUMAH DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS🔥🔥 | JEJAK ALAM MISTIK

Kebiasaannya masyarakat Melayu akan mengadakan doa selamat bila pindah rumah baru dan adakan bacaan yasin. Namun ada juga gangguan yang datang balik selepas semua itu telah dibuat.

Jangan tak tahu, makhluk halus juga melalui perubahan dari zaman ke zaman dan mereka juga belajar dari kelemahan mereka yang lalu untuk menandingi manusia.

Kita juga sepatutnya menambah ilmu (beramal) dan pengetahuan untuk membentengi diri dari gangguan makhluk halus tapi kita semakin lalai dari hari ke hari dengan urusan dunia. Oleh sebab itu umat zaman ini sangat mudah mendapat gangguan.

Selain membuat doa selamat, yasin dan azan dalam rumah baru, pagar rumah adalah cara terbaik untuk membentengi rumah dan keluarga dari gangguan makhluk halus yang ada kala berasal dari tapak rumah.

Pagar menggunakan air, garam dan lada hitam amat mustajab. Semasa pemeriksaan rumah oleh Ustaz Nas dan Ustazah Ita, memang ada keberadaan makhluk halus dalam rumah tersebut dan ada juga laluan makhluk halus. Itu yang perlu di hapuskan.

Ustaz Nas juga akan mengajar kepada anda iaitu cara-cara memagar kepada yang berhajad untuk memagar sendiri rumah dengan menggunakan produk Ustaz Nas iaitu BIO SYAFAAT.

Saksikan rakaman video ini dari JEJAK ALAM MISTIK oleh Ustaz Nas ketika proses pemagaran rumah tersebut.




*Selepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE Channel Ustaz Nas ini dan tekan 🔔 di YouTube untuk dapatkan notifications video-video terbaru akan datang.

**Untuk dapatkan rawatan dan pertanyaan dengan Ustaz Nas sila klik link berikut www.wasap.my/60127152321/pertanyaanrawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik