Langkau ke kandungan utama

Gangguan SAKA Silat

🔥🔥SAKA BERPINDAH KEPADA ADIK SELEPAS KEMATIAN KAKAK🔥🔥
Bunyinya agak menakutkan bila gangguan SAKA menjadi punca kematian kakak pesakit ini dan kemudian saka tersebut memilih adiknya pula.

Memang benar bila tubuh seseorang tidak kuat untuk menampung gangguan makhluk halus terutama kategori saka ianya sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian.

Tandanya ialah bila seseorang itu sakit secara tiba-tiba dan terus terlantar tanpa sebab. Kebiasaannya pesakit tiada sejarah penyakit. Pesakit seolah-olah mengalami stroke secara tiba-tiba dan terus terlantar. Dalam beberapa minggu pesakit terus meninggal dunia.

Inilah hakikat yang sebenarnya memang berlaku dalam masyarakat kita terutama orang melayu. Setelah di selidik rupa-rupanya keturunannya ada yang menjadi guru silat semasa dulu dan kemungkinan besar ada menggunakan pendamping dalam ilmu persilatannya itu.

Dalam persilatan yang mengambil pendamping kebiasaanya akan diberikan makanan terutama pada asap kemenyan pada tubuh dan keris. Sekiranya dulu pernah bertarung sehingga ada kematian, pendamping tersebut akan sentiasa menuntut darah sebagai makananya. Sebab itu betapa bahayanya kesan pendamping sehingga menjadi saka pada anak cucu.

Itulah tipu daya syaitan dan iblis dalam merosak dan menyesatkan anak cucu adam sejak dari dulu lagi. Maka sekiranya anda tahu keturunan anda ada ambil pendamping maka segeralah periksa simptom-simptomnya dan jika ada segeralah buat rawatan secara Islam.

RAWATAN


Video rawatan ini menunjukan Ustaz Nas tarik keluar termasuk sarang-sarang saka yang bersarang dalam tubuh pesakit. Beberapa kali pesakit muntah dan itu tanda pesakit berpotensi untuk pulih sepenuhnya.

Selepas rawatan pesakit perlu melalui proses pemulihan dulu selama 40 hari berturut-turut. Jadi sokongan keluarga amat diperlukan dalam tempoh ini.

Semoga pesakit pulih seperti sedia kala dan kembali sihat tanpa sebarang gangguan makhluk halus terutama saka-saka keturunan. Amin..

Wallahu'alam

Ikhlas,
Admin.

👉Untuk dapatkan rawatan dengan Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321 (whatsapp).

👉Facebook Page: https://www.facebook.com/jejakalammistik/

#rawatanislam #saka #gangguanmakhlukhalus #jejakalammistik #ustaznas #rawatanalternatif #rawatansyafaat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik