Langkau ke kandungan utama

🔥🔥KEBOLEHAN RAWATAN TANPA PESAKIT DEPAN MATA🔥🔥

🔥🔥KEBOLEHAN RAWATAN TANPA PESAKIT DEPAN MATA🔥🔥
Bunyinya agak pelik bagi sesetengah orang tetapi kalau bahasa lainnya ialah Rawatan Jarak Jauh (RJJ). Ustaz Nas tidak penah mempraktikkan teknik ini namun ada insan yang terlalu berhajat untuk Ustaz Nas cuba teknik ini.

Pada mulanya Ustaz Nas dapat whatsapp dari seorang insan yang berhajat untuk merawat adik akak angkatnya yang dikatakan sering mengalami gangguan makhluk halus.

Sebelum ini Ustaz Nas pernah guna teknik ini pada ayahnya kerana ayahnya keras hati tak nak berubat walau didapati ada gangguan. Ustaz Nas guna teknik RJJ ini untuk menarik segala gangguan. Esoknya bila diperiksa ayahnya sudah tiada gangguan dan tidak lagi marah-marah tak tentu pasal. Alhamdulillah.

Maka disebabkan kes itu insan ini amat berkeyakinan Ustaz Nas boleh merawat guna teknik ini. Ustaz Nas akur dan tidak boleh menolak hajatnya itu kerana fidyah rawatan telah pun di bayar ke akaunnya secara tiba-tiba.

SCAN
Langkah pertama Ustaz Nas lakukan scan pada pesakit melalui gambar yang diberikan. Ini bagi memastikan apakah gangguan yang mengganggu dan memudahkan Ustaz Nas tarik gangguan tersebut.

Pada scan tersebut didapati terdapat 5 jenis makhluk halus yang telah bersarang dalam tubuh pesakit selama ini. Sebab itu pesakit kepanasan ketika diperdengarkan ayat suci al-quran.

TARIK DARI JAUH
Setelah dikenal pasti gangguan tersebut, maka bermulalah rawatan jarak jauh dengan menarik semua gangguan itu.

Doa dibaca, niat dipasang dalam hati dan Ustaz Nas mulakan gerakkan menarik semua gangguan masuk kedalam lakaran gambar untuk dipasak. Setelah dipasak maka akan dipindahkan semua gangguan itu ke suatu tempat yang selamat dan pasti tidak akan kembali kepada pesakit lagi. Insyaallah.. Semua dengan keizinan Allah S.W.T.

👉sila rujuk foto yang dilampirkan bersama posting ini sebagai testimoni rawatan.

Semoga pesakit akan pulih dari segala gangguan dan proses pemulihan ini akan memakan masa selama 40 hari. Pesakit perlu minum dan mandi menggunakan air yang telah didoakan.

Dalam kesembuhan ini diperlukan juga semangat dari pesakit sendiri untuk pulih. Perawat tolong 70%, selebihnya pesakit perlu bantu diri sendiri dengan disiplin dengan apa yang perawat sarankan.

Wallahua'lam

Ikhlas,
Admin.

👉untuk dapatkan rawatan dari Ustaz Nas sila hubungi ditalian 0127152321 (whatsapp).

#rawatanjarakjauh #rawatanislam #rawatansyafaat #gangguanmakhlukhalus #jejakalammistik #ustaznas


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik