Langkau ke kandungan utama

🔥🔥KEBERADAAN JIN DALAM PERUT MERUNSINGKAN PESAKIT🔥🔥

Seorang Pak Cik runsing apakah yang ada dalam perutnya sehingga menyebabkan dia rasa tak selesa. Pihak hospital pakar pun gagal menafsirkan apakah penyakit atau masalah yang dihadapinya itu.

Saya di panggil untuk membuat pemeriksaan dan rawatan oleh anak pak cik tersebut. Setelah sekian lama dia menanggung masalah itu sehingga banyak perawat yang ditemuinya namun masalah masih ada dan tiada perubahan.

Pak cik tersebut pernah dinasihatkan carilah perawat yang boleh dikeluarkan melalui muntah. Katanya insyaallah dengan muntah tersebut boleh mengurangkan masalahnya itu. Lama dia mencari sehinggalah dia menemui saya untuk mendapatkan rawatan.

Dengan lafaz bismillah dan tawakal hanya pada Allah S.W.T, saya mulakan proses ruqyah. Selepas ruqyah tiada kesan apa-apa langsung. Saya mulakan tepuk pada bahagian belakang badannya beberapa kali. Dengan izin Allah dia mula batuk. Saya teruskan disertakan beberapa bacaan ayat ruqyah.

Ketika saya tekan bahagian belakang badan dengan aura saya, pak cik tersebut mula muntah beberapa kali. Alhamdulillah dengan izin Allah. Agak memenatkan juga tapi semua itu tidak terlalu rasa bila rawatan ini Allah permudahkan.

Setelah itu saya mengeluarkan semua sarang makhluk halus yang berada dalam perutnya yang telah lama bersarang. Semua teknik dilakukan secara batin kerana gangguan tersebut ada gangguan ghaib jadi perlu rawatan secara batin.

Alhamdulillah perut yang dirasa ada bonjolan besar mula mengecil dan berkurangan. Jadi pesakit perlu lakukan apa yang saya sarankan selama 40 hari untuk pulih. Sekiranya istiqomah gangguan itu dapat dibuang sepenuhnya dengan izin Allah S.W.T.

PEMAGARAN RUMAH.
Seterusnya rumah dipagar menggunakan air paip yang telah di bacakan dan doa semoga dihindarkan segala gangguan makhluk halus.

PROSES AKHIR.
Seterusnya saya buat lakaran gangguan yang mengganggu dan menawarkan segala aura negatif yang mengganggu. Gangguan ini bukan dari sihir atau saka tetapi anda orang yang cuba buang saka pada pak cik tersebut kerana orang yang cuba hantar itu tidak tahu nak buang sakanya.

Begitulah petunjuk yang Allah S.W.T berikan dan merungkai permasalahan tersebut. Memang benar ada kepala pada bahagian perut yang mengganggunya selama ini.

Sekiranya ada saka, janganlah hantar atau pindahan pada orang lain. Carilah perawat seperti saya untuk membuangnya kerana kami memang ada caranya. Jangan aniaya orang lain.

Ikhlas,
Ustaz Nas.

👉untuk mendapatkan rawatan dari Ustaz Nas sila hubungi ditalian 0127152321(whatsapp).

#gangguanmakhlukhalus #rawatanislam #ustaznas #jejakalammistik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik