Langkau ke kandungan utama

📝📝INGIN DITAKUTI ATAU DISEGANI📝📝

Saya tidak pernah terfikir untuk jadi seorang perawat apatah lagi melawan, menangkap atau berkomunikasi dengan jin. Pada ketika itu tak rasa pun jadi perawat sebagai perkara yang menarik pada diri saya.

Pada mulanya saya hanya jadi seorang juruvideo bagi merakam program berkaitan dengan entiti makhluk halus untuk seorang perawat untuk menaikkan namanya dalam media sosial.

Setelah beberapa lama saya di ajak untuk mempelajari ilmu rawatan islam yang dibawanya. Untuk tidak menghampakannya saya terima pelawaan itu. Saya dikenalkan dengan seseorang yang membuka jalan ilmu cara MENGENALI DIRI.

Setelah diberikan pengenalan dan semakin mendalam penerangan ilmu itu ia membawa kepada ilmu MENGENAL TUHAN (ALLAH S.W.T) pula. Ianya semakin menarik hati saya untuk terus memahami dan mempelajarinya dengan lebih lanjut.

Sehinggalah saya MULA MENGENALI DIRI kemudian baru kita MENGENAL TUHAN. Disebabkan itu saya meneruskan belajar dalam rawatan Islam tersebut kerana ianya benar-benar mendekatkan diri saya dengan Allah S.W.T dalam solat dan kehidupan saya seharian.

Dari situ bermulalah kehidupan saya sebagai perawat sehinggalah dekat setahun belajar, saya mula membawa haluan sendiri dalam rawatan Islam ini atas nama daftar SSM, RAWATAN SYAFAAT dengan nama programnya ialah JEJAK ALAM MISTIK.

Adakah saya bawa diri ini bertujuan untuk DITAKUTI atau DISEGANI? tidak sama sekali. Saya hanya ingin berkhidmat dengan masyarakat yang memerlukan bantuan dalam rawatan berkaitan gangguan makhluk halus seterusnya saya dapat berdakwah kepada masyarakat supaya kembali mengingati Allah S.W.T.

Itulah kepuasan dalam usaha saya ini meneruskan perkhidmatan dalam rawatan Islam ini. Apatah lagi dapat mengislamkan golongan jin kafir. Semua itu memberikan ketenangan dalam hidup saya sejak itu.

Sehingga kini saya masih mendapat ilham, pertolongan dan petunjuk dari Allah dalam rawatan Islam ini malah diberikan banyak lagi ilmu yang tidak disangka-sangka kerana Ilmu Allah terlalu luas dan masih luas. Wallahuaklam.

Ikhlas,
Ustaz Nas

👉untuk mendapatkan rawatan dari Ustaz Nas sila hubungi di talian 0127152321(whatsapp).

#rawatanislam #ustaznas #jejakalammistik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik