Langkau ke kandungan utama

🔥🔥PERUBAHAN JIN SELEPAS DIISLAMKAN🔥🔥

🔥🔥PERUBAHAN JIN SELEPAS DIISLAMKAN🔥🔥

Banyak cerita atau kisah berkenaan Jin yang diislamkan namun pernahkan anda terfikir bagaimana perubahan rupa, wajah, penampilan Jin selepas diislamkan?


Ini sedikit kisah dari pengalaman saya sendiri ketika jin diislamkan untuk dikongsi bersama supaya keimanan kita kepada Allah S.W.T akan lebih mantap dan bertambah yakin.

Semasa saya menjadi juruvideo untuk satu rakaman program berkaitan makhluk ghaib ini, entiti ditarik masuk ke dalam tubuh sukarelawan supaya boleh berinteraksi.

Ketika makhluk ghaib masuk dan mula berinteraksi, makhluk ghaib tersebut telah ditawarkan untuk memeluk agama Islam selepas dia mengaku dia dari golongan jin kafir. Selepas di tarbiah beberapa minit, jin tersebut mula berminat untuk masuk Islam.

Selepas diislamkan, jin tersebut terus keluar selepas diarahkan ke Masjidil Haram untuk menuntut ilmu Islam dengan lebih mendalam disana dengan golongan jin Islam.

Seketika kemudian sukarelawan merasai ada satu lagi jin ingin masuk ke dalam tubuhnya. Selepas tubuhnya dimasuki mahluk ghaib, makhluk tersebut mula berbicara. Katanya ingin masuk Islam juga.
Ditanya kenapa, jin tersebut menjawab dia nak cantik mcm jin pertama tadi.

Jin tersebut berkata jin pertama tadi terus berubah menjadi cantik yg asalnya hodoh dan buruk, pakaian dari buruk dan lusuh berubah jadi putih cantik berseri-seri, tubuh yang tak sempurna sudah jadi sempurna, dan dari tiada seri jin pertama tadi berseri-seri sehingga jin ke 2 ini terpegun dgn perubahan drastik tersebut.

Kemudian jin ke 2 tersebut terus diislamkan dan diarah keluar dan pergi menuntut ilmu Islam di Masjidil haram. Semua berjalan lancar alhamdulillah.

Begitulah keadaannya bila hamba Allah memeluk agama Islam berkeadaan bersih bagaikan kelahiran semula. Sama juga dengan manusia. Roh dan jiwa menjadi bersih suci. Hati menjadi tenang.

Bayangkan kita yang telah lama dalam agama Islam, setiap hari kita bersyahadah. Bukankah sentiasa bersih dan suci. Namun ramai juga yang tak memahami maksud cuma ucapan dibibir sahaja.

Bersyahadah mestilah berserta dengan hati, jiwa, raga dan memahami maksud sehingga membentuk keperibadian kita menjadi hamba Allah yang merendah diri dan tawakal penuh kepadaNya semata-mata.

Ikhlas,
Ustaz Nas
0127152321 (wasap)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengertian KASYAF

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi: 1) Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. 2) Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan. 3) Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. sumber: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1954-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf Kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa tetapi perlu melalui jalan takwa dan mujahadah kepada Allah S.W.T namun kata Imam Al-Ghazali tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Namun ada sesetengah manusia Allah telah berikan kelebihan sejak dari kecil dalam keupayaan untuk melihat alam ghaib atau makhluk halus sehingga dewasa. Terdapat 3 kategori Khasyaf: A) Kasyaf Kecil . Kasyaf ini kebiasaannya diperolehi semasa kecil yang d...

🔥🔥TANDA GANGGUAN BERSARANG DALAM TUBUH🔥🔥

Apakah yang boleh kita tafsirkan bahawa dalam tubuh kita sudah bersarang dengan jin. Bagaimanakah sarangnya atau rumah bg jin dalam tubuh manusia. Sarang bagi jin dalam tubuh manusia sebenarnya berupa lendir jernih dan berbuih-buih. Lendir ini keluar adakalanya ketika di ruqyah, disentuh pada bahagian tubuh, minum air ruqyah dan hidu wangian yang telah di ruqyah oleh perawat. Lendir ini keluar melalui mulut dan hidung ketika pesakit muntah. Muntah pesakit TIDAK disertakan dengan isi perut atau apa yang telah dimakan sebelum rawatan. Muntah ini memberikan kesan baik jangka panjang bagi pesakit yang ingin pulih. Ada juga muntah yang lendir berketul dan berwarna kuning keluar dari mulut pesakit. Tidak kurang juga ada yang berserta dengan hampas sesuatu yang kurang pasti apakah ia. Namun muntah jenis ini biasanya ada kaitan dengan sihir. Walau bagaimana pun muntah itu adalah tanda pesakit boleh sembuh dari gangguan. Kemudian pesakit perlu istiqomah dengan saranan perawat dala...

✔️JOIN GROUP WHATSAPP JEJAK ALAM MISTIK✔️

Atas permintaan ramai Ustaz Nas menyediakan platform Group Whatsapp bagi memudahkan pesakit dan bakal pesakit mendapatkan maklumat berkaitan: 1) Rawatan 2) Produk 3) Cerita pengalaman dan kisah benar. 4) Testimoni dan lain-lain berkaitan Ustaz Naz, Team dan Jejak Alam Mistik. Peringatan: Stalker tidak dibenarkan join group ini. Perlu ikhlas dan niat hanya untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkaitan rawatan islam. Link group: http://www.wasap.my/60127152321/NakJoinGroupJam Ikhlas, Admin. # groupwhatsappJAM # groupjejakalammistik # ustaznas # rawatanislam # rawatansyafaat # jejakalammistik